Connect with us

Viral

“Membazir kalau buang..” Barista Kongsi Kisah Makan Sisa Pelanggan, Rupanya Ramai Boleh ‘Relate’ Perkara Sama!

Hidup ini penuh dengan cabaran dan juga ujian buat diri kita, malah ada yang terpaksa melakukan apa sahaja untuk berjimat cermat.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang barista kelihatan menjamah lebihan sisa makanan pelanggan telah mencuri perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @amiressoo itu, dapat dilihat barita itu berjalan ke arah sebuah meja untuk mengemas pinggan yang sudah digunakan oleh para pelanggannya.

Selepas itu, barista tersebut bertindak membawa sepinggan mangkuk yang mempunyai sisa makanan pelanggan dari meja tersebut ke meja rakan sekerjanya ‘lepak’.

Namun apa yang membuatkan orang ramai tertarik melihat video tersebut adalah apabila barista itu kelihatan seronok sekali dapat menjamah lebihan makanan pelanggan itu bersama dengan rakannya itu.

Difahamkan, ada sahaja pekerja sektor Food & Beverage (F&B) yang memakan sisa makanan pelanggan apabila pelanggan mereka tidak menghabiskan makanan yang dipesan oleh mereka.

“Dalam rezeki orang, ada rezeki kita,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berknaan telah mencecah sebanyak 353.9K tontonan, 12.6K tanda suka, dan 420 komen di laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsikan pengalaman mereka sewaktu mereka bekerja sebagai pekerja F&B yang pernah melalui perkara yang sama.

Antara komen netizen:

“Tak dinafikan… dulu masa susah, kerja waiteress… pernah buat camni. 🥺”

“Aku kerja wayang dulu pon kalau takde duit makan gi cari popcorn yg orng tinggal dlm hall tuha😂..lagi special kalau dpt nugget yg tak bermakan”


“13 tahun Wak keje F&B dekat Singapore.. Betul.. 😁.. Inilah cara nak bertahan perut kerja teruk, long hour dalam F&B..”

“Haha pernah intern f&b.Customer bawak kek cantik2 tapi x habiskan so aku bawak dlm bar makan kat situ.Bos tegur eee you makan customer punyak kek😂”

Video TikTok yang tular:

@amiressoo Dalam rezeki orang, Ada rezeki kita. 😉 #fyp #terpalingbarista #baristatersakiti ♬ Sad Music – Max-Music

Continue Reading
Advertisement