Connect with us

Viral

Rakam Situasi ‘Jammed’ Ketika Hiking Di Rawang Bypass, Komen Netizen Pula Undang Dekah!

Aktiviti pendakian gunung (hiking) merupakan aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Siapa sangka, aktiviti hiking semakin mendapat hati di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan muda yang suka melakukan sukan lasak.
Iospital phone repair gombakKalau dilihat di media sosial, semakin ramai yang berkongsi gambar semasa melakukan aktiviti hiking bersama kawan-kawan. Lokasi terkenal seperti Bukit Broga, Bukit Putih dan juga Gunung Kinabalu menjadi salah satu tempat wajib bagi mereka yang sukakan aktiviti ini.

Pun begitu, kebelakangan pemandangan yang cantik di puncak Rawang Bypass menjadi bualan ramai. Tidak cukup dengan itu, laluan yang sangat mudah serta tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak antara salah satu faktor ramai yang berpusu untuk hiking ke Pncak Rawang Bypass.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda merakam situasi semasa hiking di Rawang Bypass telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @badbutterflyyy kelihatan pemuda itu sedang berada di Rawang Bypass.

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka tidak dapat meneruskan aktiviti hiking kerana ramai beratur di laluan tersebut.

Ramai hikers dilihat terpaksa beratur panjang untuk mendaki hingga ke puncak.

“Benda viral kita enjoy jelah,” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi tersebut malah sempat berseloroh mengatakan hal ini berlaku kerana ‘penangan viral’ rakyat Malaysia.

“Nak healing kena beratur. Sampai puncak silap-silap dah move on. Boleh la ni aku jual kopi kat atas ni” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga meninggalkan komen-komen lucu dan ada yang hairan sama ada ini nak pergi ‘healing’ atau ‘parking’.

Antara komen wargamaya:

“Ehh kieda crepe dah pindah situ ke?”

“Noh hiking pun kena beratur rokiah”


“Nak healing kena beratur, sampai puncak silap2 dah move on”

“Nasib aku dah naik sebelum bypass siap”

Video yang tular di laman TikTok:

@badbutterflyyy benda viral kita enjoy jelah #hiking #fypシ #rawangbypass #trafficpeople #bts ♬ suara asli –

Continue Reading
Advertisement