Siapa tidak kenal dengan sebuah kumpulan nasyid popular iaitu Raihan malah mereka dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.
Tidak cukup dengan itu, Raihan juga adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza. Memang bukan calang-calang artis!
Baru-baru ini, Raihan telah mengadakan konsert berskala besar ‘Garis Masa Raihan’ di Stadium Melawati Shah Alam bersempena 27 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.
Kumpulan yang dianggotai oleh Abu Bakar, Che Amran dan Amran Ibrahim itu mendendangkan sebanyak 21 buah lagu ketuhanan popular mereka kepada lebih 3,000 penonton yang hadir pada malam 18 Februari itu.
Pun begitu, ketika mereka mendendangkan sebuah lagu popular mereka iaitu Iman Mutiara bagi menutup acara konsert berkenaan, tiba-tiba persembahan itu terhenti dek kerana kawasan stadium black out.
Namun lebih tersentuh adalah para penonton tetap meneruskan nyanyian dan membuka lampu flashlight handphone seolah-olah ‘menghidupkan’ konsert itu dalam kegelapan.
Selepas hadirin penonton menjadi ‘backup singer‘ untuk beberapa detik, bekalan elektrik yang terputus kembali pulih dan ketiga-tiga penyanyi di atas pentas menyempurnakan lagu tersebut dengan penuh gemilang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh melihat perkara tersebut apatah lagi ketika penonton beramai-ramai menyempurnakan lagi berkenaan.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar Raihan boleh membuat tour di seluruh Malaysia untuk mengubati rasa rindu peminat terhadap kumpulan nasyid berkenaan.
Antara komen wargamaya:
“Asal mengalir air mata aku ni.. aku rindu zaman aku kanak-kanak dulu..”
“Sebak sebab suara yang ramai mendendang lagu ni, waktu kecik dulu lagu ni lah ramai2 nyanyi”
“Meremang.. peminat masih ingat lirik2..”
“Senyum tengok sokongan diorang..”
“Aku tak leh lah macam ni dia macam terharu sampai menangis.. sbekanya rasa tengok diorang punya support”
Video yang tular di laman TikTok: