Connect with us

Viral

“Panjang usus cuma 14 cm” Redha Badan Anak Kembar Dipasang Wayar, Akui Gaji Suami Tak Cukup Tampung Kos Perubatan

Bila sudah menjadi ibu ataupun bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak tidak kiralah dari segi makan pakai, pelajaran dan yang paling utama adalah dari aspek kesihatan. Anak demam panas pun dah tak keruan, apatah lagi menghidap sebarang penyakit.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini diuji apabila anak kembar mereka mempunyai masalah kesihatan.

Menurut Nur Shahira Anisha Muhamad Zuber, 23, salah seorang daripada anaknya, Aydin Malique Mohamad Iqbal Adib mempunyai masalah usus pendek (short bowel syndrome).

Memetik laporan mStar, Anisha berkata penyakit dihidapi anaknya ini didiagnosis sekitar dua minggu selepas dilahirkan bersama abang kembarnya, Aydan Malique pada 12 Jun 2021.

“Saya mula sedar Aydin ada masalah ni apabila dia mula berak berdarah dua minggu selepas bersalin secara operate di Hospital Selayang.”

“Selepas bawa si adik (Aydin) jumpa doktor, barulah saya tahu dia ada jangkitan kuman pada usus kecil. Jadi doktor minta buat pembedahan segera.”

“Pembedahan pertama dan kedua, Aydin kena potong usus yang berjangkit dekat Hospital Selayang. Kali ketiga pembedahan dilakukan untuk sambung usus yang sihat dan pasang gastrol dekat perut yang dibuat di Hospital Tunku Azizah (HTA). Sekarang ukuran ususnya cuma tinggal 14cm saja,” ujarnya.


Menurut Anisha yang menetap di Kampung Melayu, Sungai Buloh, Selangor, anaknya terpaksa ditahan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak (HTA) di ibu kota lebih satu tahun bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sehingga kini, terdapat wayar central venous line (CVL) dan tiub gestrol disambung pada badan Aydin di mana salah satunya dipasang secara terus ke saluran jantungnya.

“Masa dia kena tahan wad tu saya kena teman. Kembar dia (Aydan) ibu mentua yang jaga. Saya bersyukur sangat bila keluarga banyak membantu ringankan beban.”

“Nak jaga Aydin tak susah pun cuma saya tetap kena berhati-hati sebab ada dua wayar dekat badan dia. Wayar CVL adalah untuk susu khas TPN (total parenteral nutrition). Tiub gestrol pula untuk susu formula Dupro Step 2 yang dibancuh sendiri.”

“Baru-baru ni berlaku insiden menyebabkan wayar TPN keluar darah. Bila periksa doktor beritahu wayar CVL dah bocor. Jadi Aydin terpaksa ditahan wad untuk tukar wayar baharu pada 9 September lalu,” katanya lagi.

Difahamkan, walaupun peruntukan dan susu khas dibekalkan oleh pihak farmasi Hospital Kuala Lumpur, dia terpaksa membelanjakan sekitar RM700 setiap bulan bagi menampung kos perubatan anaknya.

Anisya juga akui pendapatan suaminya, Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24 sebagai penghantar makanan masih kurang mencukupi bagi menyara keluarga.

“Pendapatan kami sekeluarga sekarang ni cukup-cukup makan saja sebab hanya suami saja yang bekerja. Saya terpaksa berhenti sebab kena jaga anak sakit.”

“Sebelum ni ada juga minta bantuan zakat tetapi kali terakhir saya terima masa September saja. Sekarang anak saya perlukan barangan untuk dressing.”

“Saya tengah cuba cari mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk beri bantuan bagi mendapatkan set kelengkapan itu sebab saya tak mampu nak tanggung sendiri,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, mengharapkan masyarakat terus menitipkan doa agar dia dan suami terus kuat menempuh ujian dan dugaan diberikan olehNya sekaligus mendoakan kesihatan anaknya.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai bantuan ingin diberikan boleh hubungi 011-28376393.

Perkongsian yang tular:

@echaaa742 Reply to @lailaqaisarra18 #fypシ ♬ original sound – CEO OF SOLARIZ BLUE🦕💙 – F | L🍬

@echaaa742 Cepat Sihat Kembar Mommy ❤️ #fyp ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Continue Reading
Advertisement