Siapa tidak kenal dengan Alif Satar yang juga merupakan seorang penyanyi berbakat bahkan baru-baru ini telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga AJL-37 sekali gus membawa pulang trofi berserta wang tunai berjumlah RM30,000.
Tidak cukup dengan itu, Dia seringkali menjadi bualan ramai dek kerana personaliti positifnya bahkan mesra dengan peminat.
Seperti yang kita tahu, ‘Sign language’ merupakan isyarat tangan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang mempunyai masalah percakapan ataupun bisu. Namun, tidak semua daripada kita mahir atau pandai menggunakan sign language tersebut.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat Alif Satar menyapa mesra salah seorang peminat ‘istimewa’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @johnlemmonnn, kelihatan peminatnya itu ingin bersua foto dengan penyanyi berkenaan.
Pun begitu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Alif Satar mula menggunakan bahasa isyarat tangan memandangkan peminatnya itu dipercayai adalah golongan pekak dan bisu.
“Alif Satar ini memang manusia lain dari lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, Ironman dan seorang yang mahir dengan bahasa isyarat juga.”
“Dah bertahun kawan dengan dia baru tahu dia mahir bahasa isyarat,” katanya perakam.
Sekadar info, ibu bapa Alif merupakan guru pendidikan khas yang pernah mengajar kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran.
Malah ada juga yang berkongsikan sebelum ini juga Alif pernah menggunakan bahasa isyarat di dalam satu babak drama lakonannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan kelebihan yang ada pada penyanyi ini, bukan sahaja hebat dalam menyanyi dan berlakon malah dia juga mahir menggunakan ‘sign language’.
Netizen juga akui terdapat pelbagai sebab mengapa mereka menjadikan Alif Satar sebagai Idola dan salah satunya adalah kerana dia banyak memberikan pengaruh positif kepada masyarakat.
Antara komen wargamaya:
“Ini baru betul influencer..”
“Tolong lah serapkan silibus sign language kat sekolah.. boleh sama2 belajar.. ilmu nii”
“Ni sebab kenapa aku mengidolakan Alif Satar sangat2.. ”
“Orang bisu ni kalau dia dapat tau kita yang ok ni tau sign language, dorang rasa bangga, dorang happy sangat2”
“Suka dengan cara Alif Satar ni.. sangat humble orangnya..”
“Budi pekerti elok, personaliti terjaga”
Video yang tular di laman TikTok: