Connect with us

Selebriti

“Makkah dan Madinah tempat terbaik di dunia”, Farid Kamil Tunai Umrah Selepas 6 Tahun

Selain artis-artis lain, Farid Kamil bersama isterinya Diana Danielle dan anak-anak tidak terkecuali turut menunaikan ibadah umrah di tanah suci.

Iospital phone repair gombak

Setelah genap enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Makkah, Farid menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dijemput semula menjadi tetamu Allah.

Namun pada tahun ini ada sedikit kelainannya kerana membawa dua orang permata hati mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Ini adalah harapan dan cita-cita saya suatu ketika dahulu sewaktu pergi ke Makkah seorang diri pada 2018 iaitu hendak membawa mereka bersama pula.

“Alhamdulillah, ia kini tercapai. Apabila Allah SWT menjemput kami sekeluarga ke sana, saya merasakan salah satu doa saya dimakbulkan,” katanya.

Luah pelakon filem Sumpahan Syaitan itu, Makkah dan Madinah adalah tempat terbaik di dunia selain sukar mengungkapkan perasaan bahagia ketika itu.

“Allah Maha Besar, terlalu banyak doa-doa yang tersimpan dalam hati saya untuk saya terjemahkan di depan Kaabah. Makkah dan Madinah adalah tempat terbaik di dunia.

“Saya ingin kongsikan pengalaman itu dengan mereka. Sudah tentu ada momen yang menitiskan air mata apabila kita di sana. Itu adalah antara rahsia Allah dengan kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Farid mengatakan kedua-dua anaknya sangat teruja dan tetap melaksanakan ibadah umrah meskipun belum mumaiyiz.

Tambahnya, melihat kepada keterujaan anak lelakinya, Farid menggunakan kudrat sedia ada untuk mengangkat kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendekati Kaabah.

“Anak-anak saya walaupun belum umur mumaiyiz tapi mereka tetap melaksanakan ibadah terbabit. Saya harap tindakan ini boleh diikuti oleh orang lain. Reaksi Muhammad pula apabila nampak Kaabah terus teruja.

“Saya rasa kena bawa dia dekat dengan Kaabah. Dengan kudrat yang ada, saya berjaya angkat dia untuk sentuh Kaabah. Saya rasa ini adalah detik yang paling seronok kerana banyak tempat lain lagi yang menarik tapi takkan sama dengan dua tempat ini,” katanya.

Selain itu, Farid turut memberitahu dia sudah berjanji kepada anak-anaknya untuk membawa mereka ke Makkah terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat lain.

“Sebagai seorang beragama Islam hati kita ini milik Allah. Apabila saya berjaya beri penerangan dan mereka hargai perkara itu, ia sangat bagus. Sebabnya budak-budak sekarang dah ada ilmu menerusi bacaan di Internet. Tapi apabila kita bagi maklumat, minda mereka lagi terbuka luas mengenai Islam.

“Saya pernah janji kepada anak-anak untuk bawa mereka ke Makkah terlebih dahulu, barulah ke tempat lain kalau ada rezeki,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Farid iaitu Sumpahan Syaitan bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac ini.

Selain Farid, filem ini turut dibarisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Datuk AC Mizal, Adam Shahz, Saiful Apek, Yassin, Senario (Azlee, Pak Ya) dan ramai lagi.

Continue Reading
Advertisement