Hidup bergelar artis ada kalanya terlalu sibuk, pulang ke rumah awal pagi selepas selesai penggambaran sehingga tiada masa dengan keluarga terutamanya anak-anak.
Walaupun bersengkang mata menunaikan tanggungjawab, terpaksa menahan rindu terhadap anak, mereka ini harus akur atas tuntujan kerja.
Tak terkecuali, aktres jelita Nur Fazura turut melalui situasi yang sama. Baru-baru ini, dia sempat berkongsi cerita di mana dia bersama suami, Fattah Amin baharu menghabiskan shooting pada jam 2.30 pagi.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 40, bersyukur dikurniakan anak yang sangat memahami kesibukan kerja kedua-dua ibu dan bapanya.
“Kisah semalam.. lama tak shoot bersama, 2.30 pagi baru wrapped. Balik rumah.. anak dah tidur.
“Tapi Alhamdulillah, she is such an understanding daughter.. faham mommy dan daddy ‘work work’,” tulis Fazura di ruangan kapsyen menerusi muat naik gambarnya mesra berpegangan tangan dengan Fattah.
Fazura juga sudah merancang untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti selepas menyelesaikan segala kerjanya terlebih dahulu.
“Soon nak bawa Fatima pergi jalan-jalan. Dia siap tanya pagi tadi, ‘nanti nak pergi mana mommy? Nyamma (Fatima) nak jumpa animals dan nak lollipop,” tulis Fazura lagi.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Hantaran yang tular di laman Instagram