Connect with us

Viral

Leka Main Telefon, Wanita Ini Cuak Lihat Budak Kecil Masukkan Si Adik Dalam Mesin Basuh Dobi

Servis dobi “ekspres” atau dobi layan diri wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ibu bapa yang membawa anak ke dobi layan diri perlulah lebih mengawasi gerak geri si kecil agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi situasi cemas di kedai dobimencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azurasaparl618, kelihatan wanita itu berada di sebuah kedai dobi yang kebetulan ada seorang ibu bersama empat orang anaknya pada masa sama.

Sementara menunggu kain siap dibasuh, wanita tersebut menunggu di dalam keretanya saja. Namun, dia melihat empat kanak-kanak itu sangat aktif bermain dan menolak bakul tanpa dipedulikan ibu mereka.

Namun apa yang membuatkannya cemas adalah alah seorang budak itu bertindak memasukkan adiknya ke dalam salah satu mesin basuh di situ.


Risau dengan perkara tersebut wanita ini terus berlari memberi tahu penjaga kedua beradik itu yang pada waktu itu sedang leka bermain telefon tanpa memantau aktiviti anak-anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut geram dengan segelintir ibu bapa yang langusng tidak memantau anak-anak sehinggakan boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Hish, mesin dobi tu memang terus lock once dah tutup ke? Bahayanya lah. Tolonglah alert anak-anak dekat mana pun” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih dengan wanita ini yang peka dengan keadaan sekeliling dan memberitahu penjaga tersebut.

Antara komen warga maya:

“Terima kasih.. moga jadi pengajaran untuk smeua”

“Tak boleh ‘lepa’ bila dah ada anak”


“Kalau keluar rumah dengan anak, hp dok diam dalam handbeg, yang penting anak dulu weh”


Video yang tular di laman TikTok:

@azurasapari618 KORANG YG MENDOBI BWK ANK2 TU JAGA LAH ANAK ELOK2.. AKU MMG CUAK GILERRR..AKU PIKIR ANAK DIA KURANG OKSIGEN KE APA.. YG AKU GERAM MAK DIA LANGSUNG XDE TERIMA KASIH WEHHH… #fypシ ♬ original sound – Azura Sapari

@azurasapari618 PART 2 #DOBI #fypシ ♬ original sound – Azura Sapari

@azurasapari618 Replying to @zarinahdollah8 ♬ Sa Isip Ko – Juris

Continue Reading
Advertisement