Sambutan hari lahir merupakan salah satu momen terindah dalam hidup kita, lebih-lebih lagi apabila disambut bersama keluarga yang tersayang.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang wanita telah di-prank oleh keluarganya dengan memotong kek sekeras batu sewaktu sambutan hari lahirnya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @sha_darwisyah itu, kelihatan wanita itu berasa aneh kerana kek yang sedang dipotongnya itu begitu keras sehingga ianya sukar untuk dipotong.
Rupa-rupanya kek yang dipotong itu merupakan ‘kek dummy’ dan bukannya kek sebenar!
Dikatakan kek itu tidak dapat dipotong kerana kek tersebut hanyalah krim yang disalutkan ke atas periuk.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila bapanya juga turut di-prank sampaikan membawa piring-piring untuk menikmati kek yang dipotong anaknya itu.
Dapat dilihat muka bapanya seakan tergamam apabila melihat kek yang dipotong itu bukanlah kek yang sebenar sambil piring-piring masih berada di tangannya.
Reaksi bapanya itu membuatkan ramai berasa kasihan melihat bapanya begitu ‘excited’ ingin menjamu kek tersebut, akan tetapi jangan risau kerana masih ada kek yang sebenar selepas prank tersebut dilakukan.
Melihat ke ruangan komen, orang ramai berasa terhibur melihat reaksi bapanya yang comel itu dan ada pula yang menggesa agar berikan kek yang sebenar kepada bapanya.
Antara komen netizen:
“laaa abah siap bawak piring nak makan da tuuu…. sian abah”
“Aku dh agak dh mesti periuk so aku rilek je lagi…sekali aku nmpk abah dia siap bawak piring keluar.aku ketawa besar weyyy..jahatla korang 😂😂😂😂”
“Aku nampak ayahnya pegang pinggan aku dah terbahak3😂😂😂 yg kena prank kat sini ayahnya ke macam mana?”
“aku tak kesian dekat yang potong kek,aku kesian yang bawak pinggan tuhh😂😂😂”
“Kau kak kalau tkde kek betul naya ke ayah 😂 sian ayh siap bawak piring adehhhh 😂”
Video TikTok yang tular: