Seperti yang kita tahu, hidup ini penuh dengan pelbagai ujian.
Dan ianya bergantung pada diri kita sendiri, akan bagaimana caranya untuk menghadapi ujian tersebut dengan rasional.
Baru-baru ini, tular sebuah kisah seorang lelaki yang masih bersikap tenang walaupun tidak menerima makanan yang telah dipesan sebelumnya telah membuatkan orang ramai kagum.
Menerusi video yang dimuat naik oleh TikTok @azlanazizisobry itu, lelaki yang dikenali sebagai Abe Lando itu menyatakan bahawa dia tidak menerima salah satu item yang telah dipesan olehnya di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
“Wife aku beli burger ni. Petang tadi bila kita buka plastik tu, baru kita perasan rupanya satu burger tak ada,” katanya.
Namun begitu, dia sempat meninggalkan pesan agar bersikap tenang sahaja dan menganggap kesilapan itu biasalah lumrah hidup memandangkan kita pun hanyalah manusia biasa.
“Jangan marah-marah, relaks sahaja. Biasalah manusia kan, manusia mesti ada buat silap kan. Kita semua manusia,” luahnya menerusi video berkenaan.
Dapat dilihat, Abe Lando pun masuk ke dalam francais KFC itu dan menjelaskan situasi yang telah menimpanya dengan sangat tenang.
Kemudian, pekerja itu pun datang membawa item yang tertinggal itu lantas memohon maaf atas kecuaian mereka.
Justeru, Abe Lando pun berpesan kepada orang ramai tidak perlu marah dan stress, relaks sahaja dalam menghadapi situasi yang sebegini.
“Kita cakap elok-elok, mereka pun baik dengan kita. Biasa benda-benda lupa ni, perkara biasa.
“Anggap kalau kita dah jauh tak boleh nak tukar tu, anggap tu bukan rezeki kita.
“Tapi kalau kita boleh tukar, kita boleh datang ambil, maknanya tu masih lagi rezeki kita.
“Jangan marah-marah, jangan stres-stress. Relaks sahaja,” luahnya lagi sambil berpesan kepada orang ramai di luar sana.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat Abe Lando menghadapi situasi tersebut dengan keadaan begitu tenang sekali, tanpa marah-marah.
Antara komen netizen:
“Dunia kita perlukan ramai lagi manusia yg baik mcm saudara..”
“Salute..menegur dengar cara berhikmah..xrugi pun kalau cakap baik2..”
Video TikTok yang tular: