Connect with us

Viral

Budak Lelaki Terkejut & Sebak Kerana Tak Sangka Hari Jadi Disambut Pada Majlis Orang Lain Punca Netizen Menangis Pagi2

Menurut kanak-kanak, sambutan hari jadi merupakan hari yang dinanti-nanti kerana boleh menhajati sesuatu hadiah selain dapat makan kek!

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka.

Tular baru-baru ini, seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!

Menerusi video oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.

Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.

Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.

Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.

Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.

Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.

Rakaman menyentuh hati di TikTok ini kini berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 843.4 ribu manakala mendapat sebanyak 99.9 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak selepas melihat reaksi Farish selain tumpang bahagia melihat kanak-kanak sepertinya disambut begitu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“teruk dh aku ni..mcm ni pun,aku boleh nangis weiiii😭😭”

“Alahai baiknya farish ni. Sebelum ada kek dia, dia boleh happy nyanyikan untuk orang lain walaupun hati dia pun nak. Hebat didikan utk ank ni🥰”


“dia mesti jenis yang tak suka susahkan mak ayah dia, ayah yang baik 🥰”

“macam ni pun boleh nangis, ya Allah tisu nya sy 😭😭 btw happy birthday dik 🥰”

“aku ingat , aku takkan sebak , dia nangis . aku dah berkaca ii 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@faiezahamran happy birthday abg farish rizzqi yg ke8❣️❣️❣️ #birthdayboy #birthday8tahun #muhammadfarish #anakmakayah #fyp #fypシ ♬ original sound – Faiezah Amran

Continue Reading
Advertisement