Connect with us

#MalaysiaBaru

Jom Main Salji Di Shah Alam, Masuk 5 Ringgit Sahaja Di Rumah 4 Musim Bukit Cerakah Shah Alam.

Anda tidak perlu ke luar negara jika ingin main salji atau merasa bagaimana menikmati cuaca 4 musim seperti di luar negara kerana kini anda boleh mmenikmatinya di Bukit Cerakah Shah Alam.

Mungkin ramai dikalangan rakyat malaysia yang tidak tahu di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor wujudnya Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) dan pengunjung boleh menikmati suasana itu tanpa perlu berbelanja besar.

Keunikan rumah 4 musim di Bukit Cerakah Shah Alam ini terdiri daripada musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh.

Rumah 4 musim ini berkeluasan kira-kira 2,438 meter persegi ini bertukar musim mengikut tempoh yang sama seperti negara lain.

Jika anda mahu bermain salji anda perlu datang ke sini pada bulan Disember  hingga Februari, jika mahu menikmati indahnya musim bunga ianya dibuka pada Mac hingga bulan Mei.

Manakala jika anda mahu merasa sendiri musim panas anda boleh datang pada Jun hingga Ogos dan jika anda mahu menikmati cantikknya daun berguguran anda boleh berkunjung ke sini sekitar bulan September hingga November.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apa yang menarik, Rumah Empat Musim yang merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia cukup lengkap dan sempurna.

Disamping itu, ia membawa pengunjung menyelami suasana sebenar seperti perubahan cuaca di negara beriklim sejuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Jika berkunjung pada musim salji, anda dapat menikmati cuaca sejuk dengan pemandangan bagaikan di Kutub Utara sambil merasai kesejukan sehingga menyucuk ke tulang.

Bangunan di dalam rumah ini berlatarbelakangkan pemandangan bersalji. Membawa suasana lebih menakjubkan, rumah berkenaan diperindahkan lagi hiasan kincir angin dan laluan berkayu menuju ke pagola utama.

Beberapa patung penguin, diperbuat daripada salji dan patung rusa menambah aura suasana musim sejuk, selain taburan salji tersangkut di pohon yang kekeringan menyerikan suasana.

Pengunjung kanak-kanak dan dewasa merasa teruja ketika datang ke rumah 4 musim ini seperti sedang melancong ke luar negara. Ia dipenuhi ramai pengunjung yang tidak lupa  merakamkan gambar mereka di setiap sudut rumah 4 musim ini sebagai kenangan.

Petugas Rumah Empat Musim, Mohd Salim Sulaiman yang sudah berkhidmat 30 tahun di Taman Botani, berkata cuaca sejuk itu boleh mencapai suhu -2 hingga – 6 darjah Celsius.

Salji yang ada di dalam rumah ini 95 peratus sama seperti salji sebenar. Katanya, pihaknya tidak membenarkan pengunjung masuk beramai-ramai, sebaliknya akan kawal dengan membenarkan 50 pengunjung dalam satu masa.

“Dianggarkan 2,500 pelawat mengunjungi tempat ini pada setiap hujung minggu. Lazimnya pengunjung lebih ramai datang ketika tempoh musim sejuk.

“Kita juga menerima kunjungan ramai ketika musim bunga. Pelbagai jenis bunga diimport dari Belanda dibawa masuk bagi membawa suasana mengasyikkan dengan rona warna-warni dan berbau semerbak.

“Antara bunga dibawa masuk ialah tulip yang popular di Amsterdam, selain pelbagai jenis bunga ros.

“Musim panas paling kurang menerima kunjungan, mungkin disebabkan negara ini beriklim Khatulistiwa yang sedia panas.

“Tidak ramai yang tahu sepanjang musim panas, rumah ini hanya mencapai suhu 20 darjah Celsius dan kelihatan cantik apabila dipenuhi bunga-bunga di sekitarnya,” katanya.

Jurutera, Zarina Johan, 36, yang membawa empat anak beriadah ke Taman Botani sempat berkunjung ke rumah berkenaan.

Katanya, kunjungan ke rumah itu berbaloi, terutama kepada yang belum berkesempatan melancong ke luar negara sebagai persediaan merasai kesejukan salji sebenar.

“Kewujudan rumah ini dapat membuka minda pengunjung dan memberi peluang kepada orang ramai bermain salji. Lebih penting ia menjimatkan wang ringgit bagi mereka yang tidak berkemampuan.

“Ini adalah kos yang paling murah tetapi mampu memberi pengalaman yang menakjubkan buat sesiapa sahaja yang ingin bermain salji,” katanya.

Info Mengenai Rumah Empat Musim :

  • Ia telah dibuka sejak tahun 1990
  • Seramai 50 pengunjung dibenarkan masuk dalam satu masa
  • Keluasan kawasan melebihi 2,438 meter persegi
  • Jarak laluan merentasi Rumah Empat Musim sejauh 1.5 Kilometer
  • Tidak disediakan baju sejuk untuk musim sejuk
  • Kadar bayaran masuk adalah RM5
  • Waktu beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim.

Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.

Walaubagaimanapun, Taman Botani ini ditutup sementara untuk pemulihan sehingga 30 April 2019.

Continue Reading
Advertisement
2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Taman Botani Negara Shah Alam (2020) – Tripcarte

  2. Pingback: Taman Botani Negara Shah Alam (2020) – Tripcarte

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.