Restoran Mi Tarik ‘muslim-friendly’ di Pasar Seni merupakan salah satu tempat tarikan yang pernah tular suatu ketika dahulu dan sering dikunjungi oleh orang ramai.
Oleh itu, tidak hairanlah jika apa-apa sahaja situasi aneh yang berlaku di situ mampu mencuri perhatian ramai.
Itulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini @zzawani yang berkongsikan pengalamannya sedang menghirup mi tarik di restoran tersebut.
Semuanya tampak normal sahaja, akan tetapi tiba-tiba sahaja khemah diangkat dan diletakkan di tengah jalan.
Rupa-rupanya orang ramai juga pernah mengalami perkara yang sama sewaktu menjamah makanan di sana.
“Perkara yang sangat ‘random’ terjadi pada Khamis petang,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.
Pada awalnya, ramai memikirkan bahawa khemah itu dibawa ke pelanggan lain berada di seberang jalan.
Walhal sebenarnya mereka cuma ingin menutup khemah itu sahaja.
Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah apabila khemah itu boleh pula ditutup di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 1.3M tontonan, 53.9K tanda suka, dan 80 komen di laman platform sosial berkenaan.
Melihat ke ruangan komen, orang ramai menyatakan pendapat masing-masing berhubung dengan situasi tersebut.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang serupa dengan kejadian yang tular itu.
Antara komen netizen:
“jangan riso kak hartu saya pegi un centu… saya ingat dorang nak open table tgh alam tu 😭”
“tmpt ni mmg ramai aku tggu punya tunggu tggu turn nk mkn bawah payung dh duduk mkn skali payung kene angkat daaaa”
“weh serious la? dah pernah pegi few times tapi tak pernah lagi ttbe dia tutup payung camtu 😂”
“Kedai ni tak macam dulu dah. Dulu boleh lepak tenang2 chill2 tak ramai org. Skrg Allah penuh sentiasa 😭😭”
Video TikTok yang tular: