Kedai makan merupakan salah satu tempat di mana sseebuah keluarga mahupun rakan boleh meluangkan masa dengan menikmati makanan bersama dengan orang yang tersayang.
Bagaimanapun kadangkala ada sahaja adegan lucu yang timbul sehinggakan mampu kering gusi apabila orang sekeliling melihatnya.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang gadis yang telah membuat pesanan air sirap cawan, akan tetapi lain pula yang didapatinya telah meraih perhatian warga maya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @biieeyla itu, dia pada awalnya menunjukkan resit air yang dibeli oleh mereka sambil menyatakan bahawa rakannya pada awalnya sudah membuat pesanan berupa ‘air sirap cawan’.
Akibat pelayan kedai makan itu tersilap dengar, bukan cawan yang diberinya. Malah satu jug terus diberikan pada gadis tersebut undang tawa orang ramai!
“Dia order sirap cawan, tetapi abang tu salah dengar.
“Kami semua minum biasa-biasa, dia ni..” katanya lantas mengalihkan kameranya itu pada rakannya disisi air jug sirap, disertai dengan gelak tawa masing-masing mengenangkan situasi tersebut.
Manakan tidak, bukan haus sahaja hilang. Masalah pun hilang bila berdekah melihat situasi ini berlaku.
Terus boleh ‘tapau’ untuk sahur!
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 1.1M tontonan, 120.9K tanda suka, dan 1510 komen di laman platform sosial berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya terhibur melihat situasi tersebut dan turut berseloroh mengenai kejadian berkenaan.
Antara komen netizen:
“HAHAHAHHAHAHA NI KALAU HAUS JUGAK TIME PUASA TATAU LA 😭”
“terkincing kincing nanti😭 baru minum ayaq dah kenyang”
“bolehlah ni tahan sampai bukak puasa ntt x dk la dahaga sngt”
“ambik kau dia bagi satu jug terus , nanti tak pening dah kalau habis nak order air lain 😭”
“WEHHH HAHAHAHAHAHA PASAL AIR TUU SATUUU, GELAK ANGIN TU PUN SATU HAL GAK AHAHAHAHAH KELAKARNYA YA ALLAH 😭😭”
Video TikTok yang tular: