Connect with us

Viral

“Bulan puasa ke ni?” Opah Tak Tahu Bulan Ramadhan, Selamba Sahaja Minum Air Kotak Buat Ramai Rindu Nenek Mereka

Nenek merupakan salah seorang insan yang paling bermakna dalam hidup kita.

Iospital phone repair gombak

Dengan adanya nenek, bertambahlah seri dalam kehidupan kita kerana dialah yang menjaga kita dan memanjakan kita lebih-lebih lagi pada waktu kita masih kecil.

Oleh hal demikian kita janganlah sesekali melupakan jasa nenek, dan haruslah sentiasa berada di sisi mereka saat mereka masih ‘ada’ bersama kita.

Sama seperti kisah yang tular ini di mana seorang cucu yang menegur neneknya yang telah meminum air kotak pada bulan Ramadhan telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @shaheeraazhar_ itu, dapat dilihat opahnya itu sedang asyik meminum air kotak perisa laici lantas ditegur oleh cucunya.

“Wah wah wah wahhhh!” tegur cucunya.

Dapat dilihat si cucu itu rajin betul menyakat opahnya, membuatkan orang ramai rindu akan nenek mereka.

“Haa tak puasa?” ulang si cucu berulang kali.

Perbualan antara cucu dan opahnya itu turut membuatkan orang ramai tersentuh kerana mula mengingati nenek mereka, ada yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia.

Melihat ke ruangan komen, warga maya rata-ratanya terhibur dengan telatah mereka berdua ini dan ada juga meluahkan rasa rindu terhadap nenek mereka.

Malah, ada juga yang berkongsikan pengalaman dan momen manis mereka bersama nenek masing-masing di ruangan komen.

Antara komen netizen:

“nasib baik opah dia tanya kamu puasa ? klau opah dia ckp ” kamu nanyak kamu nanyak ? kamu bertanyak tanyak 🤣”

“mcm arwah onyang aku..dia dh borak² pstu dia tnya..kau sape😂..tdi beria borak dgn aku cicit dia.rupanya tk kenal aku.😂”


“arwah nenek saya lagi rare , dah minum air pastu bila orang tanya nenek puasa ? nenek cakap puasa pastu dalam seminit cakap puasa terus minum lagi 😂”

“Mcm onyang aku la dah nyembang lama, lps tu tanya, “kamu ni ank sape?” sape name kamu?”😅😂”

Video TikTok yang tular:

@shaheeraazhar_

opah tak tahu ni bulan puasa 😭😭😭 sedap air laici tu opahh

♬ Funny Song – Cavendish Music

Continue Reading
Advertisement