Connect with us

Viral

Hafiz Mahamad Taja 10 Bas Balik Raya Di Kampung, Pilih Pemandu Bas ‘Fit’ Untuk Keselamatan Penumpang

Hafiz Mahamad, seorang pengasas produk tempatan popular, turut dikenali dengan sifatnya yang pemurah terutama sekali kepada mereka yang memerlukan.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini pula, Hafiz dikhabarkan akan menaja 10 buah bas untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.

Menerusi hantaran ‘story’ yang dibuat olehnya di laman Instagram, dia berkongsikan perkembangan terkini mengenai rancangannya itu dan dapat dilihat dia meninjau sendiri keadaan bas yang ditajanya.

Difahamkan, Hafiz meluahkan rasa bersyukur apabila hasratnya untuk menaja golongan yang memerlukan untuk pulang raya kini dapat direalisasikan.

“Jadi dalam 10 buah bas itu alhamdulilah dengan izin Allah raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal, mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Jadi, saya nak pergi mesyuarat, nak tengok apa perkembangan terkini.

“Tahun ini saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar. Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau,” katanya.

Dikatakan, maklumat mengenai sistem tiket kepada sesiapa yang berminat akan diberitahu kemudian.

Dalam pada itu, Hafiz turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa agar dia sentiasa dimurahkan rezeki pada masa hadapan kelak.

Berdasarkan pengalaman usahawan muda ini, Hafiz memaklumkan bahawa mereka akan memperbaiki sistem pengurusan bas untuk menjadi lebih efisien.

Hal ini demikian turut dapat membantu penumpang-penumpang untuk mendapatkan pengalaman yang lebih selesa bagi menempuh perjalanan pulang ke kampung.

Kata Hafiz, pihaknya hanya akan mengambil pemandu bas yang berusia di bawah 40 tahun dan mempunyai pengalaman 10 tahun memandu bas.

Hafiz juga memaklumkan hal ini dibuat bagi memastikan keselamatan penumpang adalah terjamin dan pemandu bas dalam keadaan yang sihat untuk memandu.

“Jadi, keselamatan orang yang kita sponsor nak balik raya nanti itu, insyaAllah terjaga la. Kita banyak terlepas pandang walhal pemandu bas sangat memainkan peranan. Kita akan bagi yang terbaik untuk awak, doakan.” terang Hafiz.

Sekadar info pada tahun lalu, usahawan itu telah menaja tiga buah bas untuk golongan pelajar yang memerlukan untuk pulang beraya di kampung masing-masing.

Continue Reading
Advertisement