Connect with us

Viral

“Suka sangat content yang macam ni” Netizen Tersentuh Lelaki Masakkan Guard Nepal Makanan Tempatan ‘Napali Momo’, Dah 3 Tahun “Kempunan”

Pada bulan ramadan yang mulia ini, semakin ramai di antara kita berlumba-lumba mengejar pahala. Antaranya bersedekah tidak kira dalam bentuk apa sekali pun.

Iospital phone repair gombak

Ada yang membantu anak yatim dengan menderma barang keperluan, ada yang memasak untuk golongan berkeperluan dan macam-macam lagi.

Persis kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki dan rakannya cuba untuk mengubati rindu pengawal keselamatan warganegara Nepal terhadap kampung halaman mereka.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki yang mesra disapa sebagai Abe Bakar itu dilihat menghampiri dua orang pengawal keselamatan di pos keselamatan sebuah kawasan perumahan sebelum memulakan perbualan.

“Boleh cakap Malay atau English?,” tanya Abe Bakar.

Pengawal keselamatan itu kemudiannya memberitahu dia selesa untuk berbicara dalam kedua-dua bahasa itu.

“Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi. Atau yang you sudah lama tak makan,” tanya Abe Bakar kepada pengawal keselamatan itu.

Pengawal keselamatan itu terus menyebut satu nama hidangan yang ternyata merupakan makanan tradisi kampung halamannya di Nepal.

“Napali Momo, saya sudah tiga tahun tak makan. Saya banyak suka,” jawab pengawal keselamatan.

Risau tersilap, Abe Bakar dan rakannya cuba mencari nama dan rupa makanan itu di laman sesawang dan menunjukkan semula kepada pengawal keselamatan itu untuk mendapatkan kepastian.

“Napali Momo ini di luar roti, dalam ada ikan atau ayam,” jelas pengawal keselamatan itu.

“Dia macam dumpling ke? Macam ini ke (sambil menunjukkan gambar),” soal Abe Bakar.

Yes, ini betul,” balas pengawal keselamatan itu.

Okay baik, nanti esok kita jumpa balik,” ujar Abe Bakar memberikan harapan.

Kemudiannya, Abe Bakar dan rakannya keluar untuk membeli-belah di pasar raya bagi mendapatkan bahan-bahan masakan Napali Momo.

Antara bahan-bahan yang ada adalah isi ayam, bawang putih, bawang merah dan kulit kayu manis. Abe Bakar seterusnya mempelajari resepi Napali Momo dan memasaknya.

Setelah siap, keesokan harinya Abe Bakar membawa Napali Momo kepada pengawal keselamatan itu untuk dirasai dan reaksinya sangat menyentuh hati.

“Ya betul ini Napali Momo.

“Hmm sedap, very tasty. Ini beli di Nepali hotel ke?,” kata pengawal keselamatan itu terpukau selepas merasakan air tangan Abe Bakar.

“Tidak, ini kami masak sendiri. First time masak,” kata Abe Bakar.

“Wow, same (sama dengan masakan asal di tanah airnya). Very nice.

Banyak-banyak terima kasih ya,” kata pengawal keselamatan itu kepada Abe Bakar.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement