Connect with us

Viral

Kanak2 6 Tahun Dikejarkan Ke Hospital Selepas Asid Pencuci Paip Jiran Atas Masuk Mata, Sempat Berdalih “Siram air panas je”

Malang tak mengenal mangsa mahupun tempat. Walaupun kita di rumah sendiri, itu tidak menjamin keselamatan kita.

Iospital phone repair gombak

Yang lebih teruk sekali jika kemalangan yang berlaku di rumah sendiri bukanlah kerana kita tetapi atas kecuaian orang lain.

Persis kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki apabila anak saudaranya terkena rembesan asid ketika sedang mandi kerana sesalur air di atas tandasnya pecah.

Dikenali sebagai Reza Samat di Twitter berkata anak saudaranya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana cecair asid itu mula bertindak ke atas badannya.

Apartment adik saya di Kepong, Selangor. Kejadian waktu nak berbuka. Orang tingkat atas simbah asid dalam paip, anak dia yang kena. Tiba tiba paip dia mengembang and bocor.

“Bau belerang sangat kuat. Kebetulan anak dia berumur 6 tahun tengah mandi and menjerit sebab asid dah masuk mata. Terus kena bawa pergi emergency,” katanya.

Reza memaklumkan keadaan anak sauadaranya kini tidak kritikal dan di bawah pemantauan doktor.

Bapa kepada mangsa dikatakan segera menerjah kediaman di tingkat atas untuk memeriksa dan mendapatkan penjelasan.

“Adik saya dah ketuk pintu jiran tu dan betul dia baru tuang asid. Mungkin niat dia baik nak clear paip tersumbat. Tapi jadi isu apabila dah kena kanak-kanak.

“Orang tu baru menyewa di situ dan dia pun tak sangka nak jadi macam tu. Mula-mula dia tak mengaku bila ditanya ada pakai asid ke.

“Cakap siram air panas je, tapi lepas tu baru dengar dia terlepas cakap, eh kedai bawah suggest kata boleh guna asid ni.,” kata Reza.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement