Connect with us

Hiburan

“Siapa Potong Bawang Ni” Buat kejutan Di Hari Lahir Anak, Johan Dan Ozlynn Buat Netizen Sebak

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Tanpa kita sedari kasih kedua ibu bapa adalah kasih yang tidak terhingga sejak dari kita lahir hinggalah ke hujung nyawa mereka.

Pengorbanan ibu dan bapa dalam membesarkan dan mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berjaya hari ini tidak terbalas oleh kita.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram oleh pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn yang sanggup terbang ke luar negara berjam-jam semata-mata untuk berikan kejutan hari jadi kepada anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Ozlynn , difahamkan mereka ke di Dublin, Ireland. Ozlynn dan Johan dilihat berada di dalam sebuah lif untuk bertemu anak sulung mereka, Ariq.

Dalam pada itu, kapsyen tersebut merupakan ucapan aktres berusia 41 tahun itu kepada anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tersebut juga mengundang rasa sedih warga maya.

“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dariNya.. surprise untuk abang Ariq menjadi… papa, mama dan adik-adik Hanania ❤️ u” 

Bukan itu sahaja, lagu berjudul Ke Hujung Dunia nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah yang telah dimasukkan sepanjang video ini juga yang turut meruntun hati siapa sahaja yang mendengarnya dan menyaksikan penyatuan kasih ibu bapa buat anak tercinta yang merantau jauh demi menuntut ilmu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan artis dan juga warga maya turut berasa sebak melihat pengorbanan pasangan ini dalam berusaha mereka mahu membuat kejutan di hari istimewa demi kebahagiaan anak yang jauh di mata.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Continue Reading
Advertisement