Connect with us

Viral

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

Sudah menjadi kebiasaannya, ramai orang akan membuat rumah terbuka atau jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Adat dan tradisi kunjung mengunjung diantara kaum keluarga dan sahabat handal masih lagi utuh dipraktiskan sehingga ke hari ini.

Iospital phone repair gombak

Malah, di sekolah juga pasti tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan kelas untuk murid-murid. Biasanya di sekolah adalah jamuan seperti potluck. Murid-murid akan membawa makanan yang dimasak dari rumah untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.

Malah, kita juga boleh bertukar-tukar merasa pelbagai jenis makanan dan jika ada lebihan boleh bungkus membawa balik betul.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat anaknya yang membawa makanan balik semasa jamuan kelasnya telah mencuit hati ramai.

Niat dah baik nak bawa makanan untuk ibu, tapi bantai pula letak dalam beg

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa jamuan sekolah anaknya dengan perkongsian beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah wanita itu turut berkongsi anaknya membawa pulang makanan lebihan daripada jamuan kelas tersebut dengan diisinya makanan tersebut terus di dalam beg sekolah.

Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihat gelagat si anak kerana tidak menyangka ia akan meletakkan makanan itu terus ke dalam beg itu. Namun begitu, si ibu turut berasa sebak dengan tindakan anaknya yang mengingatinya dan sempat membawa pulang makanan untuk dirinya di rumah.

“Hahaha. Dia nak cepat tu, takut habis tak dan nak kaut bungkus” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video berkenaan yang tular di laman TikTok itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 811.4K tontonan, 40 tanda suka dan 1,125 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

“Baiknya dia ingat dekat mama”


“Niat tu yang penting”

Video yang tular di laman TikTok:

@oshinroslan Ank betuah…terima kasih naaakkk sedap sangatt…#fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #gelagatraya2023 #jamuanrayasekolah #oshinroslan #masukberandafyp #soundviral ♬ suara asli –

Continue Reading
Advertisement