Connect with us

Kesihatan

“Tak perlu habis beribu pun” Gadis Ini Kongsi Cara Murah Untuk Cerahkan Dan Lembutkan Kulit

Kecantikan wajah adalah salah satu pemangkin untuk kita lebih berkeyakinan dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, ramai yang berusaha untuk mendapatkan wajah yang bersih dan cantik.

Definisi wajah yang cantik tidak tertakluk kepada hanya memilik wajah yang putih sahaja. Kecantikan wajah merupakan perkara subjektif yang diukur berdasarkan penilaian masing-masing.

Ada berpendapat wajah yang putih itu cantik, manakala sesetengah orang beranggapan wajah yang bersih dan ceria itu menggambarkan kecantikan seseorang. Ia terpulang pada pendapat setiap orang.

Kebiasaanya untuk memelihara kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri, kita memerlukan penjagaan asas yang betul mengikut jenis kulit masing-masing. Ini kerana setiap orang tidak memiliki jenis kulit yang sama.

Salah seorang pengguna laman sosial iaitu saudari Sara Damia sudi berkongsi tip penjagaan kulit beliau. Memiliki wajah yang putih bersih dan berseri, perkongsian dari Sara Damia ini telah mendapat ribuan perkongsian.

Produk yang digunakan juga boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan selain harga produk yang berpatutan. Mari kita lihat perkongsian ini.

TIPS PENJAGAAN KULIT

Ini semua apa yg sis sendiri guna dan amal. Kalau korang guna skincare lain pun boleh,xde masalah. Post ni agk panjang,byk benda sis share,nt kalau korang free baru baca k. Semoga lepas ni semua org dpt kulit yg sihat dan cantik,selamat mencuba! 

Ini Senarai Produk Yang Digunakan Oleh Sara Damia.

1) Pencuci Muka (Cleanser)

Utk pencuci muka sis pilih Cetaphil,takpelah mahal sikit asalkan puas hati. Sebelum2 ni pernah guna local product,ok juga xd masalah,cme berminyak,xboleh thn.

So bila jumpa je cleanser ni alhamdulillah sgt sbb mmg berkesan. Byk function tau,nk guna jd makeup remover boleh,moisturizer pun boleh.

Tips : cuci muka 2x sehari,waktu pagi lepas bgun tidur n malam sebelum masuk tidur. Utk kulit normal boleh guna air suam,lebih cpt serap ke dlm kulit muka.

Utk kulit berminyak pula kena cuci guna air suhu bilik,xboleh guna air suam tau,skin korang akan jd lebih cpt brminyak. Smbil cuci tu urut2 sikit muka,usap menghala ke atas,tu tips awet muda.

Baca: Diet Lisa Surihani Intermittent Fasting

Pernah jumpa sorang aunty,dia ckgu umur 50++ tp muka dia satu kedutan pun takde. Dia ckp mmg dr muda dia amalkan cuci muka mcm tu,jgn sesekali lurut muka ke bwh kalau xnk kulit berkedut.

Lps dh siap cuci tu,jgn lap muka guna tuala atau apa2 sekalipun,biarkan muka kering sendiri,dduk lah depan kipas ke aircond ke kalau nk cepat kering.

Cuci muka penting utk refresh muka dan hilangkan kotoran yg lekat pd wajah,barulah kulit boleh bernafas. Kalau xbersih,liang roma akan trsumbat dan halang pertumbuhan sel2 kulit baru seterusnya mengundang kpd pembentukan pigmentasi,hahaha,dh mcm ayat kamus pun ada pointya kalau cuci muka pun malas,balik kerja terus tidur,tak disiplin mcm sis suatu ketika dahulu,berangan jelah nk flawless,hihi,ok,next.

2) Toner

Introducing my new bae,soothing facial toner for sensitive skin..toner ni mmg sesuai utk semua jenis kulit. Best tau,lepas pakai muka rasa fresh giteww.

Tips : Lepas dh cuci muka td,ambil kapas,tuang toner kt kapas,usap pd muka. Pastu jgn tinggal gitu je,picit2 muka guna jari supaya toner tu absorb betul2 dlm kulit. Tnggu lebih kurang 2-3mnit kalau nk apply apa2 kt muka lepas pakai toner.

Toner wajib ada utk balance kn balik pH level kulit kita. Toner lah yg menutup semula liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.

3) Serum


Ok,tak kesah lah serum apa pun yg korang guna,tp serum ni serum paling magic yg sis pernah try,highly recomended. Dia ada dua,lagi satu tu anti kedut,tp sis pilih yg ni Bio essence rose gold for glowing skin hr2 guna smpai tak perasan dh nk habis,haha.

Tips: pilih serum yg sesuai dgn masalah kulit kita..pakai serum lepas pakai toner tadi,kalau siang sis cuci muka+toner+serum n then baru makeup,malam repeat step yg sama cleanser+toner+serum pastu tidur.

Kena konsisten ye syg2,buat hr2,baru dpt result yg positif..serum ni kira mcm penggnti krim siang n malam sbb sis xboleh pakai krim,nt oily teruk dan naik pimple..dulu 1st time try ni sbb ada sorang kakak tu muka dia mcm kulit telur even tak makeup sklipun,dia xguna apa2 skincare tau,serum ni je.

Cara apply letak sikit kt tapak tgn,sapu dan ratakan ke seluruh wajah,buat urutan muka perlahan2 smpai serum meresap ke dalam kulit

Serum penting utk merawat kulit kita yg semakin kurang kolagen seiring dgn peningkatan usia. Serum menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya mua akan apply serum sebelum makeup org utk dpt effect makeup lebih flawless,utk makeup thn lama pulak korang boleh try sapu ais kt muka bfore makeup.

4) Scrub

Haa utk scrub pap pap sis pilih Fresh skin from St ives. Actually dia ada 3,pilih ikut mslh kulit masing2. Yg green tea tu utk org yg nk clearkan blackhead&whitehead,apricot blemish cntrol tu utk kulit berjerawat,so skin yg ada masalah selain drpd tu boleh guna yg apricot fresh skin ni. So far guna ni ok,tak rasa nk tukar.

Tips: scrub muka at least seminggu 1x. Kalau mcm sis,buat selang seli,mnggu ni scrub mnggu dpn masker. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2x seminggu,tp jgn too much,exfoliate skin mmg bagus,tp kalau over nt kulit boleh meradang dan semakin nipis. Scrub muka lepas cuci muka guna cleanser,before pakai toner.

Scrub digunakan utk menanggalkan sel2 kulit mati,memudarkan parut dan melicinkan kulit..org yg sering makeup sgt2 memerlukan scrub utk mencegah pori2 muka dprd tersumbat.

5) Masker
Masker mmg sis guna bahan2 semulajadi je,hahaha,ada byk,tp ni lah 3benda yg selalu repeat. Yogurt asli,tomato yg dibekukan dan madu (baru beli semula madunya,maklumlah guna 1 rumah).

Tips: masker ni pakai seminggu sekali dah ok. Kalau rajin set lah hari,contoh ambil hr Isnin&Khamis..isnn scrub,khmis masker. So setiap mnggu hr khmis tu tkr2 lah,mnggu ni yogurt,mnggu depan madu pulak.

Yogurt tu terus apply gitu je lepas cuci muka,biarkan 15mnit dan bilas,nk campur sikit yogurt dgn soda bikarbonat pun boleh. Selalu berangan kalau ada suami kt rmh,apa yg kite sapu kt muka kite sapu sekali kt muka dia,hahahah,ok,maaf lari topik,jom sambung.

Tomato tu pulak sis tonyoh setiap malam kt muka sebelum tidur time dtg bulan,hehe,kalau hr biasa nk jadikan masker,sis campur dgn madu,biarkan 15mnt dan cuci.

Kalau nk apply just madu sahaja atas kulit pun boleh. Sis ada kazen muka dia breakout,dia rawat pakai madu je,hr2 dia sapu madu kt muka smpai sekarang dh gebu gebas dah.

Kandungan dlm yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu tu pula ada 1001 khasiat,antaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit.

Keistimewaan tomato pula dpt mengatasi kulit berminyak, melembut dan glowing kan wajah. Masker ni umpama treatment utk kulit,sme juga mcm rambut,kenapa kita kena buat treatment?sbb taknak rmbut rosak,so mcm tu jugalah dgn kulit muka kita ye tuan puan.

6) Agnesia

Jangan terperanjat,korang tau tak bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir?alaa yg tumbuh byk tp kecik2 tu haa. Ye,boleh hilang! dulu waktu mula2 pakai tudung,bila buka tudung ada jerawat kecik2 kt bhgian muka yg trtutup dgn tudung,mgkin kulit xdpt bernafas,gatal2 pulak tu,smpai lah satu hari gatal tak menahan sis tepek bedak tu kt bhgian jrwt pasir n then bawa tidur.

Bgun je pagi tgk cermin,suprise sgt sbb dah tak gatal n better,pastu buat research dan rupanya mmg betul pun bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir,dlm hati ckp kalau tau dr dulu lgi sis buat gitu,hahaha.

So strt dr hari tu setiap malam sebelum tidur mmg tepek bedak ni kt area yg bermasalah,alhamdulillah brkesan smpai skrng xpernah lagi ada jerawat pasir kt muka. Korang kena try!. Jgn risau,kulit takkan jd kasar,lgipun bedak ni just sapu kt sebahagian area je,bukannya satu muka.

7) Acnegel

Yang ni kena stanby 1,tak kesahlah brand apa,tp sis prefer to oxy,acne pimple medication. Guna dia kalau tak memasal tmbuh jrwt batu yg bsr2 tu haa,sapu je tebal2 kt atas jrwt,n then bawa tidur..insha’Allah esok pgi bngun dh okay.

Tips: Kalau tmbuh jrwt jgn picit,risiko tinggi jrwat akan merebak. Kecuali jrwt tu dah smpai stage3,di mana bila kita picit sikit je gunung berapi tu akan meletus dgn jayanya,itu boleh diusik sbb dia takkan tinggalkan parut yg kronik.

Tp kalau baru nk tmbuh,gatal nk picit juga,proses baikpulih skin akan jd lebih lama,jrwt tu akan tinggalkan kesan hitam yg makan mnggu baru nk hilang n lebih teruk boleh tinggalkan lubang pada muka..sme juga dgn blckhead kt hidung,tlglah jgn picit hr2,nt terkopek2 kulit kt area tu,I’ve been there.

8) Makeup Remover

After all,this is my only choice to remove dirt from face,taknak lain,haha ada dua,1 lagi colour pink,but i choose the blue one,utk oily skin. Sis guna ni before cuci muka balik kerja sebelum tidur,kalau time pagi2 nk cuci muka tu tak usah ler,hahaha.

Cara dia ambil kapas,tuang sikit pstu usap kt muka,maka akan keluarlah segala kotoran,minyak dan makeup tertanggal kt kapas tu. Makeup remover kena ada sbb cuci muka sahaja mmg tak cukup bersih,kalau tak percaya boleh buat testimoni,cuci muka mcm biasa,pastu ambil wet tissue n try lap sikit kt muka,mesti ada lagi kesan minyak dan lain2..so kena buang dlu kotoran kt wajah guna makeup remover,baru guna cleanser.

9) Vaseline

The last one is vaseline,semua org wajib ada. Sis guna ni setiap hr sebagai pelembap bibir n setiap malam sebelum tidur sapu kt bulu mata atas dan bawah,hasilnya skrng bulu mata bwh dah ada dan tumbuh dgn lebatnya,hihi,jrg dh pegi work pakai mascara,adalah sometimes tp xselalu,mgkin setiap ahad baru pakai mascara,sje melaram sbb pakai baju jalan,hr2 lain kena pakai uniform vaseline ni serbaguna,termasuk lah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar di tumit.

Sekian utk perkongsian kali ni,semoga bermanfaat utk semua..xperlu habis beribu2 utk dapatkan kulit yg bersih..jgn lupa minum air kosong at least 1hari 2Liter utk kulit yg sihat dan cantik,mana tau semua sempat flawless sebelum raya,hihi,gudluck gais!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Boleh mula mencari produk-produk di atas di farmasi berdekatan. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Sangat jimat! Wanita ini kongsikan 9 tip mudah dapatkan kulit segar, cantik & yang penting berkesan | iNFO VIRAL by meecks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.