Connect with us

Resepi

Sama Macam di Kedai Makan, Wanita Ini Kongsi Resepi Telur Bungkus Sedap dan Mudah

Selalunya apabila makan di kedai terutamanya pada waktu malam, pasti telur bungkus menjadi hidangan wajib kan?

Walaupun ianya simple dan tidak memerlukan bahan yang banyak, pasti ramai yang tidak pernak membuat telur bungkus ini di rumah.

Sebenarnya, untuk membuat masakan telur bungkus ini sangat mudah. Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan biasanya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang selalu memasak di rumah.

Kalau anda masih tercari-cari resepi telur bungkus yang sedap dan mudah. Puan Azrina Ien kongsi cara buat telur bungkus yang sangat mudah.

Menurut Puan Azrina, telur bungkus ini adalah kegemaran suami dan juga anak-anaknya. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

RESEPI TELUR BUNGKUS SEDAP DAN SIMPLE

BAHAN-BAHAN MEMBUAT TELUR BUNGKUS

  • 2 biji telur
  • Ayam – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • Bawang besar – cincang
  • 3 batang cilipadi
  • Carrot – potong dadu
  • Tomato  potong dadu
  • Bunga kobis  potong dadu
  • Kacang panjang
  • Cendawan shitake
  • Sos tiram
  • Sos tomato

 

CARA-CARA MEMBUAT TELUR BUNGKUS

Ini pula cara untuk membuatnya langkah demi langkah.

Cara Buat Inti Telur Bungkus

1. Tumis

Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.

2. Masukkan Ayam & Sos

Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.

3. Masukkan Semua Sayuran & Cili

Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.

Cara Bungkus Dengan Telur

1. Masak Telur

Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sebati. Masak telur macam buat telur dadar. Lenggangkan sedikit kuali untuk buat telur yang nipis.

2. Letakkan Inti

Bila telur dah separuh masak, ambil inti yang telah siap dan letak di atas telur tadi. Kemudian, bungkus telur perlahan-lahan.

3. Telangkupkan Pinggan

Masa nak angkat, telangkupkan pinggan ke atas telur yang dah dibungkus tadi.  Maksudnya, sebelah tangan tahan pinggan dan sebelah lagi terbalikkan kuali. Bahagian yang dilipat / dibungkus tadi akan berada di sebelah bawah.

4. Siap Dihidang

Ok bila dah siap, bolehlah taburkan bawang goreng atau letakkan sos cili. Hidangkan juga dengan hirisan timun atau tomato. Macam dekat warung tu!

Sangat mudah kan cara membuat telur bungkus ini. Hanya beberapa minit saja yang anda perlu luangkan untuk menyiapkannya.

Jadi, tunggu apa lagi? Selamat Mencuba!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.