Connect with us

Keluarga

“Masuk bilik ada 2 bakul baju belum lipat, penatnya bidadari saya” Ustaz Ebit Kongsi Doa Untuk Isteri

Rumah tangga yang bahagia di mana suami dan isteri saling memahami tugas dan tanggungjawab bersama.

Seorang isteri adalah pendamping hidup bagi suami. Pengorbanan seorang isteri tidak kurang hebatnya untuk melayani keluarga seharian.

Kadang-kadang si isteri sampai tidak ada masa untuk diri sendiri kerana kepenatan seharian membuat kerja.

Mari kita ikuti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew untuk menjadi panduan kita semua.

Kasihan Bidadariku Ini Penat, Tak Sempat Dating Berdua

Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua.

Miss u sayang.

Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak.

Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya.

Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.

 

View this post on Instagram

 

Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah saw setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita. Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang. Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang. Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai…ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai.. Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir. Saat lain waktu berduka.Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil. Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah.semua penat, hilang. . Saat hening malam.Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita. Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, sayang nak apa-apa ke? apa jer abang nak beri. Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita bantu mereka dan berdakwah. Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada apa-apa. Kerana Allah dan iman di dalam hati. . Terima kaseh bidadariku. I love u so much. Ya Allah seperti mana kami bersama didunia berilah kami dapat bersama dalam syurga. Terimakaseh ya Allah beri arwah ibu tercinta, bidadari, dan ibu mertua yang baik-ebitlew #selamatHariWanita #hariwanita JOMDaftarKeluargaSunnahMac2019 #kl #jb

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Masuk Bilik.. Tengok Ada Dua Bakul Besar Belum Berlipat. Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat.

Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya.Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang.

Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak.

Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang.

Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.

Semakin Lama Lipat Baju, Semakin Sebak.Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku.

Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.

Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa. Ya Allah.. ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat.

Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas.Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian.

Penuh sistem.Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya.

Ya Allah. Bidadari saya menangis kejut saya.

“Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.”

Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat.

Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang.Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.

I love u sayangku bidadariku.

__________

Semoga perkongsian Ustaz Ebit Lew menjadi contoh dan tauladan buat semua terutamanya para suami.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.