[VIDEO] Che Ta Sediakan 5 Pasang Baju Untuk Sambut Ramadhan
Siapa yang tak kenal dengan Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dengan panggilan Che Ta yang memang terkenal kerana sering tampil dengan imej ‘bersiap’ dalam apa jua keadaan.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu di mana dia sudah menyiapkan lima pasang baju bagi menghadiri majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.
Dalam pada itu, apabila ditanya tentang persiapan baju raya, Che Ta memberitahu dia sudah menyiapkan semua kelengkapan.
Video Persiapan Ramadhan Che Ta
“Alhamdulillah, baju raya semua dah siap. Hanya tunggu takbir raya saja, hahahaha. Tahun ini sikit sajalah sebab baki baju raya tahun lepas masih ada lagi.
“Jadi, kalau nak tahu berapa pasang baju raya saya, tunggu sajalah saya upload dalam Instagram naa,” ujar Che Ta dengan nada bergurau.
Sebelum ini, Che Ta baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 dengan sambutan yang sederhana.
Di dalam posting di Instagram Che Ta dilihat meluangkan masa bersama keluarga di sebuah Madraasah.
“Untuk maklumat, Madrrasah ini tidak mengenakan sebarang yuran yg tetap kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang susah.. Mudah mudahan dengan sumbangan yang di salurkan ini mampu memberi sinar baru buat anak2 ini menuntut ilmu dan menyebarkan sariat islam ke seluruh dunia..” Tulisnya panjang lebar.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat Che Ta dan keluarga.