Connect with us

Viral

“Anak bagi RM50 je isi minyak” Dari Kuantan Ke KL Naik Motor, Lelaki Ini Kongsi Kisah Meruntun Hati

Sepatutnya sebagai seorang anak, kita perlu sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa yang membesarkan kita sejak dari kecil.

Bayangkan apabila kita sudah tua nanti, pasti kita juga perlukan perhatian anak-anak terutamanya apabila kesihatan sudah semakin merosot.

Tetapi sebaliknya terjadi pada hari ini, semalam telah tular satu perkongsian di Facebook oleh Shahrul Nizam Sairi.

Shahrul telah memuat naik dua keping gambar di mana dia terjumpa pakcik yang sudah tua menaiki motorsikal di lebuh raya.

Warga emas itu mengatakan dia mahu pergi ke IJN di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan jantung.

Apa yang meruntun hati adalah dia menunggang motorsikal dari Kuantan seorang diri dan hanya berbekalkan RM50 yang diberikan anaknya.

Mari kita ikuti perkongsian daripada Shahrul.

Allahuakhbar… Yaallah… Hebat dan kesian pakcik ni.

Ceritanya… Saya on the way ke jalan gombak ke tapak busking kami #spacebuskers saya ternampak seorang pakcik membawa motor honda70.

Pendekkan story pakcik ni dari kuantan naik motor seorang diri dalam keadaan tak berapa sihat, semput dan masalah jantung..

saya suruh pakcik ni berhenti tepi untuk rehat.. kesian.. tercungap-cungap pakcik ni..

Saya tanya pakcik nak ke mana.. pakcik nak ke IJN ada appointment hari isnin.. saya tanya lagi kenapa tak jalan hari isnin..

dengan air mata pakcik mengalir.. dia jawab

“ANAK SAYA TAK NAK HANTAR SAYA KE IJN..ANAK SYA BAGI RM50 SAHAJA UNTUK ISI MINYAK”

Ya Allah… kesian pakcik ni.. saya hanya mampu ascort pakcik smpai ke jalan titiwangsa dan beri bantuan sejumlah wang sahaja.. k

emudian pakcik tu jalan sendiri ke IJN.. Sedih rasa hati bila pakcik ni cakap anak-anak dia tak tolong dia..

Nasib baik lelaki ini bermurah hati menemani pakcik ini dan memberikan sedikit bantuan kewangan.

Semoga Allah permudahkan urusan warga emas tersebut dan dimurahkan rezekinya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.