Ikea antara destinasi pilihan ramai keluarga atau surirumah apabila menjelang hujung minggu walaupun hanya bersiar-siar. Ini menunjukkan ramai dari kita menyukai ruang rumah yang cantik.
Benar jika cantik rumah maka sejuklah hati mahu berehat bukan. Bukan hanya selesa tapi kita akan lebih suka menghabiskan mas adirumah jika rumah kita selesa.
Tidak kurang juga dengan ruangan dapur, ramai mak-mak diluar sana mahu menghias dapur mereka secantik yang boleh supaya mereka sentiasa tenang dan gembira ketika di dapur. Bak kata orang menjalani terapi tetapi didapur rumah sendiri.
Terdapat satu perkongsian yang dikongsi oleh saudari Fara Amirullah membuat rak menyimpan bahan-bahan masakan dengan mudah dan jimat. Kesemua barang-barang yang digunakan dibeli di kedai DIY dan Daiso.
Perkongsian ini telah viral di laman sosial kerana dapat menghasilkan susunan rak yang cantik, kemas dan jimat. Lebih menarik lagi jumlah kos keseluruhan hanya rm80 sahaja.
Mari Lihat Perkongsiaan Cara-Cara Mudah Membuat Rak Didapur
Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja-kerja memasak
Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tidak semua barang murah itu tak cantik yee kawan2
Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau duduk 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nanti
Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer in shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni
Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni semoga bermanfaat
Cara-cara membuat rak dapur yang cantik dan jimat
This is wall hook dari daiso, ada yang 1kg, 3kg, 4kg i ambil yang 6kg ✌ harga RM5.57 per pack i beli 4 pack for 4 rack so satu rack guna 2 wall hook ni
Rak from Mr.DIY harga RM9.50 i guna 4 rak
Spice jar ni i plan nak beli kat kedai eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jauh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each i beli 24pcs baru RM20.40 murah kannn.
This is how u use hot melt adhesive wall hook tu, u kena bakar sikit kat gam yang sedia ada belakang hook tu bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana oii. Dah cair baru u tampal and let it sit for 2 or 3 hours baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.
Dan hasilnya sangat memuaskan hati. Kemas dan teratur sahaja pelbagai jenis rempah ratus dan balang yang berharga rm0.85 itu nampak cantik macam beli di ikea. Siapa kata barang murah tidak cantik. Asalkan ia kemas dna teratur pasti hasilnya seperti menggunakan barang-barang yang mahal harganya. Selamat mencuba!