Dalam kehidupan rumah tangga, saling memahami di antara suami isteri amatlah penting bagi menjamin keharmonian.
Jika kita mampu untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan suami atau isteri, apa salahnya kita jadikan hadiah buat mereka.
Itulah yang boleh digambarkan kepada pasangan ini apabila seorang isteri membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Nissan GTR kepada suaminya.
Bersempena hari lahir suami yang ke-28, Yana Farida melalui Instagram miliknya berkongsi kejutan yang telah disediakan khas buat suami tersayang.
Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang…
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar seperti yg dirancang. ahahahahha. happy birthday in advance sayang @trmzzimhmd .
birthday mizi 4/6/19 tapinye alang2 kereta boleh ambil awal, so buat la awal se lagi birthday dia harini puasa esok dah raya. nak tggu bday dia takut tak terbuat.
b betul2 tulang belakang luxeperfectcover. kalau b tak support syg dalam bidang ni, mungkin syg tak mampu lagi nak beli kereta NISSAN GTR ni b.
byk sgt pengorbanan b untuk YANZICOSMETICS. ni hadiah syg kpd b tanda terima kasih sbb b tak pernah give up untuk menaikkan luxeperfectcover TQ sayang for everything nantikan full video ye guys
Happy birthday B…
Hari yg mendebar2kan tlh tiba. tiap hari selagi x slesai, debaran dia tiap saat terasa . takut plan suprise utk husband x jadi
Alhamdulillah ya Allah Kau permudahkan segala urusan ini. a big thanks to @danieridani n @zfrnrhm yg byk tolong i utk buatkan bnde ni menjadi ! n TQ to @afhamapang utk vdeo ni
Happy Birthday 28th in advance b @trmzzimhmd . syg terpaksa celebrate awal dsbbkan jadual krja kite mmg padat. bday b harini puasa esk dah raya which is 4/6/19.
mmg x terbuat klau nk celebrate tepat2 pd bday b. syg harap b suke dgn suprise syg ni
Ni tnde terima kasih syg pd b. b ibarat tulang belakang YANZICOSMETICS. tanpa b, syg x kuat, syg x seberani skrg n LUXEPERFECTCOVER foundation x sehebat skrg.
Terima kasih krn sggp tggl dgn krjaya yg b minat semata2 b nk tlg syg betul2 fokus utk teruskan bisnes ni. .
Tiap2 malam buka video GTR berlumba…
Syg tau dh lama b idamkan NISSAN GTR. skrg syg dah jdkan ia realiti doh2 la malam2 duk buke video GTR berlumbe neh nahh GTR dah depan mata ni .
Dah 2 tahun birthday b ddk dlm bulan puasa. masuk tahun ni dah 3 thn still dlm bulan puasa. n tahun sebelum ni syg x brkesempatan nak celebrate birthday b betul2. sbb b sibuk dgn jualan baju di ekspo2. kite nak jumpe pon x sempat kalau bulan puasa.
dah 2 tahun syg merasa semua tu. pagi raya, peritnye rse b jd ZOMBIE sbb malam raya b x tido kire sale slme jualan sebln puasa n buat lelongan yg berbezanya tahun ke 3 ni syg blh luang sepnjg masa syg dgn b, tahun ni b dah x perlu ddk di tapak booth. b dah byk usaha utk trus hidup selasa mcm skrg.
syg tau b dah lme cuba cari hasil lain utk syg selalu disisi b dibulan puasa n raya nanti. (yes, my husband know how hard it is. bulan puasa jumpa time berbuka n sahur shje n lepas solat raya tidur sbb kepenatan) semua tu jd kenangan terindah b.
syg usaha yg termmpu syg utk penuhkan keinginan b memiliki kereta idaman b. you deserve it sayang .
Tahun ni thn ke 3, diberi kesempatan utk celebrate birthday b brsme family b disisi. sblm ni serious Yana x pernah bg husband hadiah Alhamdulillah diberi peluang utk hadiahkan NISSAN GTR diusia 23 thn. TERIMA KASIH krn menjd SUAMI YG HEBAT n DADDY YG SGT PENYAYANG
Rata-rata netizen memuji apa yang dilakukan oleh si isteri. Iyalah, kalau memang mampu apa salahnya.
Semoga kedua-dua pasangan ini sentiasa bahagia hendaknya.