Nampaknya masih belum reda dengan cerita panas pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang tak habis-habis membuat onar.
Dua hari lepas baru saja tersebar gambarnya yang tidak elok bersama gadis tiktok ataupun minah rempit yang membuatkan semua orang geleng kepala.
Kali ini ada pula gambar yang didakwa Aliff Aziz bercumbu dengan model pula disebarkan di media sosial.
Nampaknya, Bella Astillah perlu lebih sabar dengan dugaan yang semakin berat ini.
Menerusi perkongsian oleh Oh My Media, beberapa keping gambar Aliff Aziz bersama beberapa orang wanita telah disebarkan.
Malah lebih teruk, jelas di dalam gambar tersebut Aliff Bercumbu dengan salah seorang wanita di dalam gambar tersebut.
Dikhabarkan foto itu diambil ketika mereka berhibur di dalam sebuah kelab hiburan. Wlaubagaimanapun tidak diketahui lokasi dan bila gambar tersebut diambil.
Perempuan yang memakai hoodie berwarna merah dan berseluar jeans didakwa merupakan seorang model.
Mereka kelihatan bergambar mesra dengan Aliff dipercayai ketika berada di sebuah kelab hiburan ketika berhibur bersama-sama.
Termasuk kes ini, nampaknya wanita-wanita ini menjadi ‘mangsa’ terbaru selebriti ini.
Namun begitu, kesahihan gambar Aliff Aziz bercium ini tidak dapat dibuktikan lagi sama ada gambar terbaru ataupun gambar lama sebelum dia berkahwin
Semoga Bella terus tabah dengan ujian yang bertimpa-timpa ini terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.