Selebriti popular Fasha Sandha baru saja mengumumkan di mana kandungannya telah mengalami keguguuran.
Sebelum hari raya Aidilfitri tempoh hari, Fasha telah mengumumkan dirinya mengandung 3 minggu dan membuat kejutan buat suaminya Aidil.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fasha telah memohon maaf di atas apa yang terjadi dan menyalahkan dirinya yang aktif.
Malah, Fasha telah memuat naik video anak-anaknya menangis bila diberitahu tentang kehilangan adik mereka.
Baca: Biodata Fasha Sandha
“Video Kenangan buat Rayfal dan adik bila besar nanti #iburayfalraysha
“Rayfal dan adik memang tak sabar untuk ada new baby sejak dulu lagi. Kali ni bukan rezeki kita sayang.
“Insyaallah ibu akan belajar untuk jadi ibu yang lebih baik dan berhati2 di masa akan datang. Im sorry .. i love You anak2 ibu yang bijak. Terima kasih Allah”
Rata-rata netizen tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar suara tangisan Rayfal dan adiknya.
Baca: “Terima kasih Allah tumpangkan ‘Anak Syurga’ dalam rahimku” – Fasha Sandha
Aidil juga telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya dan menyatakan keredhaan dirinya dengan apa yang berlaku.
Semoga Fasha sekeluarga tabah dalam mengharungi ujian ini.
Pingback: Biodata Fasha Sandha, Isteri Aidil Aziz | YOY Network