Connect with us

Semasa

[VIDEO] Ainul Mardhiah Sudah Sedar, Ini Video Terbarunya Selepas Pembedahan

Seperti yang kita semua sedia maklum, pembedahan mengeluarkan tumor dari mulut adik Ainul Mardhiah telah berjaya dilakukan.

Berita gembira itu telah disampaikan sendiri oleh ibu bapa Ainul dan Dr Amalina di laman sosial mereka.

Malah, gambare terbaru Ainul juga telah dimuat naik dan menerima pelbagai reaksi positif dari netizen.

“Ainul dah sedar, alhamdulillah

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk make sure ainul betul-betul ok sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.

“Terus doakan ainul kuat dan cepat sihat ye semua”

Terbaru, ayah Ainul telah berkongsi video Ainul yang kini sudah sedar di dalam bilik rawatan ICU.

Baca: “Terima Kasih Allah”-Bapa ,Ini Wajah Terbaru Adik Ainul Mardhiah Selepas Pembedahan.2019/06/11

Ternyata kegembiraan ibu bapa Ainul terpancar dengan wajah Ainul kini tanpa ketumbuhan lagi.

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana pembedahan yang agak berisiko ni berjaya dilakukan.

Sebelum ini Ainul Mardhiah berjaya dibawa untuk perhatian doktor pakar di London di atas keperihatinan Dr Amalina Bakri.

Dr Nur Amalina Che Bakri telah cuba menghubungi ibu Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial.

Menurut ibu Ainul, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

Katanya Dr Amalina memerlukan laporan perubatan Ainul Mardhiah dan akan membawa isu itu kepada pakar di United Kingdom.

Sebagai ibu, pastinya dia gembira apabila ada doktor Malaysia dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya itu.

Semoga adik Ainul lekas sembuh dan dapat melakukan aktiviti seperti kanak-kanak yang lain.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: "Berapa lama Ainul akan berada di london?" Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.