Ramai diantara kita mempunyai minat untuk menghias rumah. Rumah yang cantik dan kemas merupakan satu terapi kepada kita apabila pulang ke rumah.
Setelah penat seharian bekerja, rumah antara tempat yang paling selesa untuk melepaskan lelah. Oleh itu, pastinya rumah perlu cantik dan kemas supaya hilang segala masalah di tempat kerja.
Bukan sahaja kaum wanita, ramai suami juga suka menghias rumah. Jika anda mendapat pasangan yang rajin membantu anda, sudah pasti semangat dan hobi itu boleh dilakukan pada hujung minggu.
Wainscoting antara fenomena bagi penggemar dekorasi rumah. Pelbagai kaedah dan tips dikongsikan melalui media sosial.
Kali ini kita berkongsi satu dekorasi DIY wainscoting yang berwarna merah jambu dan sangat cantik. Perkongsian kali ini jelas kelihatan perbezaan dinding sebelum dan selepas proses dijalankan.
Satu perkongsian menerusi Kelab Kaki Deko, Nur Fazlinda berkongsi cara-cara memasang wainscoting dengan hanya bajet Rm400.
Baca: DIY Ala-ala Wainscoting Hanya RM50, Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah dan Simple
Jumlah kos itu juga termasuk cat yang digunakan, wallpaper dan kayu untuk wainscoting. Mari kita lihat bagaimana proses penghasilan wainscoting ini.
Langkah-Langkah Untuk Membuat Wainscoting
“Harini nak share cara-cara nak pasang wainscotting. Haritu ramai tanya beli barang kat mana, macammana nak buat”.
“Ni ada masa terluang bolehla kongsi, senang je. Spesis kita yang lemah lembut sopan santun pun boleh buat sendiri”.
“Total kos dalam Rm400 dan itu semua termasuk kos wainscoting, cat dan wallpaper”.
- Ini antara barang-barang yang saya gunakan. Ukur saya pakai tali tape sahaja sebab lebih tepat.
2. Saya gunakan wainscoting jenis kapur bukan jenis kayu. So, kalau korang berkenan boleh dapatkan di cawangan-cawangan seperti dibawah.
3. Ini antara contoh-contoh wainscoting yang boleh anda boleh. Boleh ikut lakaran yang ada atau mengikut kreativiti anda sendiri.
4. Terdapat dua jenis corak dan masing-masing berlainan harga. Yang corak ringkas panjang sebatang dalam 5 kaki(kurang satu inci) berharga RM5.40
5. Potong 45 degree. Jika anda tidak mempunyai kelengkapan boleh tandakan dan potong seperti ini.
6. Proses pemotongan bermula. Saya potong seperti didalam gambar.
7. Selepas potong, boleh cuba cantumkan untuk pastikan kedua-dua bucu bercantum.
8. Ini contoh frame yang sudah siap dipotong.
9. Kemudian, ini adalah gam untuk lekatkan kapur. Bancuh sedikit dengan air dan untuk bantuhan ini saya agak-agak sahaja. Asalkan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak keras.
10. Ini contoh gam yang saya beli. Saya beli di uniplaster yang berharga RM21 untuk satu beg.
11. Bermula proses melekatkan frame tadi. Untuk design anda terpulang pada masing-masing mengikut citarasa anda.
12. Lepas lekat pada dinding, lebihkan gam kalau tebal pun tak jadi masalah. Jika nipis nanti cepat kering dan takut frame tadi masih belum betul melekat.
13. Anda boleh tekan sedikit dihujung frame itu untuk pastikan ia betul melekat. Boleh bancuh gam itu sedikit pekat hanya untuk tampung yang mana tidak melekat elok.
14. Saya gunakan selotep untuk frame tadi betul melekat. Ukuran dari frame dari lantai 5 inci dan ukuran frame dengan border 6 inci.
15. Saya guna cat warna pink belacan. Cat ini recommended sebab cantik berkilat dan jika anda ada anak kecil, segala kesan contengan boleh padam dengan menggunakan kain basah.
16. Ini cat putih.
17. Ini hasilnya. Kombinasi antara wallpaper, wainscoting dan cat berwarna pink belacan.
18. Gambar keseluruhan
19. Hasilnya cantik walaupun buat sendiri. Mari lihat ruang yang telah disusun dengan perabot pula.
Semoga tips ini mendatangkan manfaat untuk semua. Selamat mencuba!