Adik Ainul Mardhiah nama yang tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia. Perkembangan Adik Ainul sentiasa ditunggu-tunggu dari hari demi hari.
Selepas pembedahan hari itu berjaya, perkembangan adik Ainul dilihat memberansangkan dan diharap perkembangan positif ini berterusan hari demi hari.
Perkembangan Adik Ainul sentiasa dikongsi oleh bapa dan ibu beliau dilaman sosial Facebook dan Instagram untuk memberitahu keadaan semasa adik Ainul.
Adik Ainul mendapat perhatian ramai selepas kisahnya tukar di media sosial sehingga mendapat perhatian Dr. Amalina Bakri yang berusaha membantu adik Ainul.
Selepas itu, Dr. Amalina berusaha untuk membolehkan adik Ainul Mardhiah mendapat rawatan di luar negara dengan menggunakan kepakaran doktor disana.
Akhirnya, berita gembira mengiringi seluruh rakyat Malaysia apabila adik Ainul selamat menjalani pembedahan dengan selamat.
Terbaru ibu adik Ainul berkongsi khabar gembira apabila mereka akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
“Sedihnya sebab nak berpisah dengan nurse di wad ini. Semua nurse sangat baik hati, suka beri pujian pada Ainul”.
“Mereka menjaga Ainul dengan sangat baik dan lemah lembut. Goodbye nurse, tinggal lagi beberapa hari Ainul di sini”.
“Ainul pasti akan rindu dengan kalian”.
Selain itu pada hari ini, bapa kepada adik Ainul berkongsi satu video perkembangan terbaru adik Ainul. Menerusi perkongsian bapanya adik Ainul terus memberi perkembangan yang positif setakat ini.
Video yang dikongsikan menunjukkan adik Ainul semakin cergas dan bijak. Adik Ainul sudah pandai bermain dan kelihatan comel walaupun masih berada di hospital.
“Assalamualaikum. Apa khabar semua?. Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas”.
“Sekarang ni ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. And kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, ainul akan geleng2kan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi”.
“Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah dari Allah ini sehingga nafas kami yang terakhir”.