Kalau anda nak mencari barangan buatan tangan ‘handmade’ dengan lokasi yang selesa dan sangat cantik serta tidak sesak, kami ada cadangan terbaik untuk anda.
Hujung minggu ini bermula pada hari Jumaat, satu jualan ‘Local Brand’ hasil buatan tangan ‘Handmade’ akan diadakan di The Linc, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur anjuran Sukaseni Malaysia.
Event selama 3 hari ini akan menempatkan pelbagai artisan tempatan dengan produk mereka tersendiri yang unik.
Anda boleh dapatkan bermacam-macam jenis produk seperti batik, aksesori perhiasan rumah dan juga barang-barang kecantikan.
Tarikh: 12 – 14 Julai 2019
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Tempat: The Linc Jalan Tun Razak, KL (Boleh jalan kaki dari LRT Ampang Park)
Kalau naik kereta jangan risau, senang je nak parking dan tempat ini sesuai untuk keluarga.
Ada kraftangan & makanan
Cantik rekaan kebaya!
Tempat sangat cantik dan selesa
Dan yang bestnya, lokasi event ini sangat selesa di The Linc yang terkenal dengan kawasan yang memang cantik untuk anda bergambar.
Anda boleh bergambar di sini!
Kredit foto: @tanpheisin
Ini pun cantik!
Kredit foto: @lonewolfhk
Redup mata memandang!
Kredit foto: @haayatihamdan
Siapa penganjur Event ini?
Event ini adalah anjuran Sukaseni Malaysia yang merupakan sebuah persatuan yang menyediakan platform ekonomi untuk pembuat seni dan pereka atau usahawan tempatan.
Misi utama mereka adalah untuk melaksanakan kempen berterusan bagi memberi kesedaran mengenai skop seni dan perkembangan warisan.
Sukaseni Malaysia juga sering berkolaborasi dengan organisasi tempatan untuk turut serta memberi lebih banyak peluang dan memberi pendedahan tentang keindahan kraftangan serta mewujudkan imaginasi kreatif di kalangan kanak-kanak.
Anda boleh layari sukasenimy.com atau Facebook Sukaseni & Instagram @Sukasenimy untuk maklumat lanjut.