Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Minum arak macam air mineral, macam di Amerika” Ebit Lew Sayu Dakwah di Kelab Malam

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew semlam berkongsi pengalamannya berdakwah di kelab malam di ibu negara.

Beliau ternyata sedih dan sayu bila melihat anak muda Islam yang berpusu-pusu masuk kelab malam.

Mari kita ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew.

________

Hanya mampu menangis. 1 pagi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club.

Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah.

Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari.

Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz, kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak.

Kami berzinna, mabuk, ambil pil dan dadahh. Boleh solat tak. Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat.

Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah.

Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya

Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal.

Ada yang ayah garang kuat belassah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia.

Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum.

4 pagi pulak tengok anak muda mula keluar club mabukk menjerit-jerit. Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium.

Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexxy sangat. Macam dekat Amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik.

Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabat rhum esok. Ya Allah, maafkanlah diriku ya Allah.

Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Sayang dan kasihan mereka. Menangis sendirian balik dakwah anak muda.

Ampun dosaku ya Allah. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama.

Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat, dadahh, tak solat.

Pohon doakan ye.

Semoga perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini dapat membuka mata ibu bapa untuk lebih cakna dalam menjaga anak-anak bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam lembah maksiat ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.