Betapa beratnya ujian seorang ibu yang mengandung, walaupun dia diuji dengan pelbagai cabaran akan tetapi dia masih tetap kuat meneruskan perjuangannya.
Melahirkan di dunia, berpantang di syurga, itulah kisah seorang wanita yang sanggup hamil dan melahirkan anaknya walaupun mempunyai komplikasi jantung telah meruntun hati orang ramai.
Difahamkan, Allahyarhamah Nurzalikha Zaharin telah dinasihatkan agar tidak hamil disebabkan komplikasi yang dialaminya akan tetapi dia tetap nekad untuk mengandung dan sanggup menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh suaminya, Mohamad Sufian di laman Facebook, dia meluahkan isi hatinya dan menyatakan bahawa dia berjanji akan menjaga anak yang merupakan ‘harta’ baginya itu.
“Selamat Berpantang di Taman Syurga syg.. Abg janji akan jaga harta yg syg bagi utk kami.. Alfatihah,” luah suaminya di hantaran Facebooknya itu.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh abang iparnya @Karl_Capix65 di laman TikTok pula, dia telah menyatakan bahawa adik iparnya itu telah selamat melahirkan pada 7 Mac yang lalu.
Namun begitu Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir pada hari keesokannya, 8 Mac 2023.
“Allahuakhbar.. 7/3/23 ika slamat lahirkn baby..tapi 8/3/23 ika tinggalkn kami sume..rehat & slamat brpantang adik iparku disyurga sana.. Alfatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video.
Dikatakan, Allahyarhamah sempat menatap wajah bayinya sebelum dia meninggal dunia.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengucapkan salam takziah dan menitipkan doa buat Allahyarhamah agar dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Antara komen netizen:
“Innalillahhiwainnahilahirojiun, semoga arwah bini ang ditempatkan kalangan org2 solehah, be strong sahabat moga urusan ang dipermudahkan…”
“Salam takziah adik… Semoga Ika tenang disana.. Dan selamat berpantang di taman syurga allah”
“salam takziah, rzki dia pergi slpas melhirkn..syurga buatnyr…Aamiin…🥺🥺🥺”
“Salam Takziah.. semoga tenang disana bersama orang2 yg beriman.surga tempat mu..”
Hantaran yang tular: