Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) semalam, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli telah dinobat sebagai Bintang Paling Popular dengan undian lebih 22 juta daripada peminat.
Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Rasa bangga dengan pencapaian tersebut, suami Mawar telah meluahkan kegembiraannya melihat anugerah yang dimilikiisteri dalam bidang seni.
PELAKON FILEM WANITA POPULAR ABPBH33
Menerusi laman Instagram miliknya, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf meluahkan rasa sebak dengan kejayaan yang dirangkul isteri.
Menurutnya, dua minggu sebelum majlis anugerah dia bermimpi si isteri naik ke pentas mengambil trofi.
“2 minggu lepas, Abg mimpi Anje naik stage pegang award. Abg bangun pagi, rasa sebak. Abg sebak cos I know your ups and downs dalam industry seni.
“Allah Swt is fair and today is your day. Alhamdulillah.
“Congratulations my wife. Keep going…keep doing things that you love. Keep inspiring people out there.
“Jadi lah manusia yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain. My support towards your career will never end. Love you my Lady @mawarashid.
“Last but not least thank you so much Team @mawarnizers, @mawarosehq and family yang non stop vote Mawar. Rejeki indah dari Allah Swt.
“Dia yang mengizinkannya. Syukur Alhamdulillah.”
Bahkan, menurutnya lagi setiap kali terkenangkan majlis Anugerah Bintang Popular Raf akan mengalirkan air mata.
Menerusi ruangan komen, para peminat mengucapkan tahniah di atas kemenangan Mawar dan mereka berpendapat, sikap rendah diri yang ditunjukkan Mawar berjaya memikat hati para peminat.