Setiap dari kita merasai bagaimana indahnya melalui zaman kanak-kanak. Ketika itu apa yang menggembirakan hati adalah dapat bermain setiap hari sampaikan kadang kala tidak berasa lapar dan mengantuk kerana teruja mahu bermain.
Namun begitu, tidak semua dari kita merasai pengalaman yang sama pada zaman kanak-kanak. Ada mereka yang tidak bernasib baik perlu mengerah keringat sedari kecil membantu ibu bapa demi mencari sesuap nasi.
Akan tetapi seawal usia sebegitu, anak-anak ini tidaklah digalakkan untuk bekerja kerana mereka terlalu kecil membanting tulang mencari rezeki. Tambahan pula jika ada ibu bapa yang mempergunakan anak-anak demi meraih simpati dari orang ramai.
Sama seperti satu video yang tular di laman TikTok memaparkan seorang pengguna berkongsi satu video apabila seorang budak menangis dihadapannya bersama sebakul nasi lemak kerana tidak boleh pulang selagi jualannya tidak habis.
Jangan menangis dik
“Jangan menangis,” demikian ayat pujukan daripada pengadu kepada seorang kanak-kanak yang datang menghampirinya semasa sedang beriadah di Pantai Klebang.
Ujar pengadu, kanak-kanak perempuan berkenaan menangis kepenatan kerana disuruh menjual nasi lemak oleh abangnya. Malah, apa yang menyedihkan adalah dia tidak dibenarkan pulang selagi nasi lemak itu tidak habis dijual.
“Ceritanya macam ni, kami tengah healing di tepi Pantai Klebang. Bila nak balik, tiba-tiba budak ini datang terus menangis sambil cakap penat.”
Abang tak bagi balik selagi tak habiskan
“Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je.”
“Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr.”
“Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja- kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni.”
“Tolong la eh ibu bapa. Kalau diorang cakap dah penat, tolonglah jangan paksa. Lagipun kerja-kerja ini bukan sesuai dengan umur diorang yang sepatutnya bermain dan tidur di rumah,” ujarnya.
Bila anak yang jual, orang beli sebab simpati
Menerusi ruangan komen, ada netizen berasal dari Melaka mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak-kanak untuk menjual barangan mereka.
Difahamkan, ada yang mendakwa taktik itu digunakan bagi meraih simpati rakyat tempatan atau pelancong luar yang mudah menaruh perasaan simpati dengan kanak-kanak.
“Dekat Melaka, ini memang modus operandi niaga guna budak-budak.”
Ramai warga maya meluahkan pendapat dan buah fikiran mereka mengenai isu berkenaan di ruangan komen. Malah mereka berasa simpati dengan nasib kanak-kanak ini dan berharap ibu bapa tidak mengambil kesempatan ke atas anak-anak.
Video yang tular di laman TikTok:
@sjbkim Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je. Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr. Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja – kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni. Dorang patut main dan tidur je kat rumah😭. #fyp #fypシ゚viral #f #nasilemak #viral ♬ original sound – Sq