Connect with us

Viral

Abang Tergamak ‘Buang’ Ayah Strok, Tinggalkan Di Rumah Adik Tanpa Beritahu Apa-Apa Undang Kritikan Ramai

Tanpa ibu bapa, siapalah diri kita ini.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, ibu bapalah insan yang melahirkan kita ke dunia ini, membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang dengan harapan anak mereka dapat menjadi seorang insan yang berguna kelak.

Pengorbanan ibu bapa janganlah kita abaikan, kerana mereka seperti permata yang sangat bernilai dalam kehidupan kita.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi individu yang tidak menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan melepaskan sahaja tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang sedang dalam kesakitan.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @ceqta_anita baru-baru ini, dapat dilihat ayahnya itu ditinggalkan berseorangan oleh abang-abangnya hampir 1 jam telah meruntun hati orang ramai.

Difahamkan, abang-abangnya itu sanggup mengabaikan ayah mereka kerana ayah mempunyai masalah strok.

Situasi berlaku pada 1 Ramadhan yang lalu, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh pengawal keselamatan lalu dimaklumkan bahawa ayahnya sudah ditinggalkan sebegitu lama di tingkat bawah oleh dua orang abangnya.

Wanita itu berasa sangat kesal kerana mereka langsung tidak memberitahu apa-apa maklumat mengenai kejadian tersebut.

Tidak kiralah walau apa pun kesukaran yang melanda, wanita itu mengecam tindakan abangnya kerana tidak wajar mereka berbuat demikian malah sebaiknya duduk bersama-sama dan berbincang elok-elok.

Ini tidak, terus sahaja mengabaikan dan meninggalkan ayahnya tanpa memaklumkan sebarang perkara.

Wanita itu turut meluahkan rasa sebak apabila mengetahui ayahnya itu seakan ‘dibuang’ oleh anaknya sendiri.

Dapat dilihat wanita itu terus menangis setelah melihat ayahnya terduduk di atas sebuah kerusi lusuh bersama dengan beg baju.

Oleh itu, dia berharap agar orang ramai mengambil pengajaran daripada kisahnya itu terutama sekali dalam aspek kita haruslah menghargai ibu bapa kita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat kisahnya itu dan menitipkan doa buat dirinya serta ayahnya itu.

Antara komen netizen:

“semoga adik di berikan kesihatan yg baik untk jaga abah adik..sdih dgr..smpai hati dieorg..😢serius x sngka sngt2..😢”

“Allahu. Sedihnye tgk gini. Sampai hati diorang buat mcm gini. 😢”


Video TikTok yang tular:

@ceqta_anita

4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..

♬ original sound – ANGLINKTIBANDUNG

@ceqta_anita Replying to @shidahdeqdah ♬ original sound – 🍂 CeqTaaHairSaLoN&Lashes 🍂

Continue Reading
Advertisement