Connect with us

Semasa

“Abg terus ke taman syurga” Photoshoot Terakhir, Adik Huzaifah Kembali ke Rahmatullah

Sebelum ini telah tular satu posting sesi fotografi dari Lurima Lensa di laman Facebook berkenaan adik Muhammad Al Huzaifah yang menghidap kanser otak tahap 4.

Menurut perkongsian tersebut, sesi fotografi itu bukanlah photoshoot family biasa, photoshoot ini adalah bertujuan mengabadikan kenangan kepada keluarga yang menanggung ujian yang besar dari Allah SWT.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 2 ribu likes dan 600 shares.

Namun begitu, khabar sedih diterima apabila ibu kepada adik Huzaifah telah memaklumkan anak kesayangannya itu telah kembali ke Rahmatullah pada 3 November.

Menerusi facebook Mrss Mamaa, Puan Nurul menyatakan berita duka itu pada jam 10 pagi semalam.

“anak saya MUHAMMAD AL HUZAIFAH BIN AHMAD FARHAN baru saja meninggalkan kita semua, , sama2 sedekahkan Al fatihah buat anak syurga kami.”

Puan Nurul juga berkongsi momen-momen dan perjalanan hidup adik Huzaifah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

BEREHATLAH WILDAN SYURGA
18/4/16-3/11/19

hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,,

sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,

ABG ANAK YANG BAIK

selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,,

abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,,

BILA ABG DAH MEROSOT

abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,

SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm

abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,

doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok

AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am

abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,,

ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg

ANAK SYURGA IBU

dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi hebat,,

abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,

Takziah diucapkan buat keluarga adik Huzaifah. Semoga Puan Nurul sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.