Hari persandingan tentunya bahagia dengan kehadiran ahli keluarga dan juga rakan taulan. Bukan sahaja mencipta kenangan bahkan segala gelak tawa dan gurauan akan kita ingat sampai ke akhir hayat.
Sudah menjadi kebiasaan, selalunya tetamu yang hadir akan memberikan hadiah buat pengantin agar dapat menjadi kenangan contohnya seperti alat perkakas dapur, set tilam dan banyak lagi.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana salah seorang ahli keluarga yang memberikan bawang putih kedai Eco RM2 mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iekakadir, kelihatan gelagat keluarganya yang ‘masuk air’ dan sangat sporting.
Dapar kita lihat, Acara pembahagian hadiah tersebut adalah hadiahnya wajib dari kedai Eco RM2.20. Sampaikan ada di antara mereka memberi bawang putih.
Walaupun terlihat sangat simple namun aktiviti sebegini jelas dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bahkan dapat menjadi kenangan sehingga ke hari tua.
“Acara bagi hadiah murah2 dekat pengantin. Saje buat fun2. Haha. Kazen2 semua sejenis masuk ayor memasing.” ujarnya di ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat setiap ahli keluarga yang memberikan hadiah ‘murah’ tapi sangat berguna.
“Sukanya kan jenis 1 kepala.”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan barangan rumah pengantin hampir lengkap kerana ramai daripada ahli kerluarga memberikan barang keperluan rumah.
Antara komen wargamaya:
“Complete dah barang rumah pengantin”
“Win.. semua lawak..”
“Ya Allah yang paling depan tu.. dalam 1 family mesti ada sorang perangai macam ni tau..”
“Seronok meriah laa kalau family macam ni.. saja nak berhibur kan time berkumpul”
“Best tengok macam ni.. pengantin tak kisah pun dapat hadiah apa.. santar je..”
“Nampak murah dan simple je tapi semua tu sangat berguna..”
Video yang tular di laman TikTok: