Connect with us

Viral

“Ada anak bini lagi nak test janda” Wanita Ini Sekolahkan Rakan Lelaki Gatal

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya diuji dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan wang ringgit, ada pula dengan kesetiaan atau dengan perpisahan.

Hati pasangan mana yang tidak remuk apabila terbongkar sikap pasanagan yang dipercayai setia selama ini akhirnya bermain kayu tiga dibelakang kita.

Terbongkar perbualan mereka di Whatsapp

Menerusi perkongsian di laman sosial seorang wanita di Facebook telah membongkar tindakan seorang kenalannya dengan memuat naik perbualan mereka di Whatsapp.

Perbualan tersebut mengenai seorang lelaki yang meminta untuk berkenalan dengan rakan-rakannya yang berstatus janda walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Dah ada anak bini lagi nak test janda

Perbualan tersebut telah mencetuskan kemarahan wanita itu kerana kenalannya sudah mempunyai isteri, anak dan menganggap mereka tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu.

“Dah tau ada anak bini lagi nak test janda. Aku tak peduli la ko kawan aku ke apa. Salah tetap salah beb, kalau ko tak salah apehal ko BLOCK ak !!!!!”

Itu antara perbualan yang sempat di tangkap layar oleh wanita tersebut sebelum kenalannya itu ‘block’ dirinya di aplikasi Whatsapp.

Ala nak kawan-kawan aje

Selain itu, melihat kepada perbualan tersebut, antara alasan mahu berkenalan, lelaki itu juga mengatakan bahawa berkawan dengan janda disifatkan sebagai ‘sporting’ dan mereka juga berpengalaman.

Asyik keluar dengan bini je bosan jugak 

Malah, bukan itu sahaja, lelaki itu juga mengatakan dia mahu tukar angin kerana sudah bosan dengan isterinya.

“Asyik keluar dengan bini je boring gak kadang2. sekali sekala nak tukar angin” ujarnya.

Sekali sekala nak tukar angin


Perbualan tersebut menimbulkan kemarahan kerana lelaki tersebut seolah-olah tidak menghargai pasangannya.

Mengaku bujang padahal anak berderet

Perkongsinan tesebut turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi marah dengan sikap lelaki itu yang tidak menghargai pasangannya.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua. Diharap kita semua menghargai dan bersikap jujur dengan pasangan kita.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.