Setiap yang berkeluarga pasti akan menganjurkan hari keluarga untuk bertemu seluruh ahli keluarga besar yang jauh bagi mengeratkan hubungan sillaturahim.
Lagi pula, itulah antara momen- momen terindah yang akan diingati selamanya apabila bercuti bersama keluarga bukan sahaja untuk merapatkan hubungan malah melepaskan tekanan yang ada.
Banyak detik indah yang akan kita hadapi bersama, ada yang kelakar, mengharukan, malah ada juga yang beremosi.
Apabila sudah berkumpul beramai-ramai ini pastilah ada sahaja yang terjadi sepanjang percutian berlansung.
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang telah berkongsi pengalamannya ketika bercuti bersama keluarga tercinta, itulah kenangan yang mungkin tersemat dalam memori buat selamanya.
Pengalaman tersebut telah dikongsi oleh Azan di akaun Tiktok miliknya sepanjang dia dan keluarga menganjurkan Hari Keluarga di sebuah rumah banglo yang terletak di Melaka.
Menerusi video tersebut, didapati salah seorang ahli keluarganya sedang menjadi pengacara majlis dan sedang bercakap sambil berjalan di tepi kolam untuk sesi penyampaian hadiah.
Apabila lelaki itu berhenti di hujung kolam tertangkap sosok tubuh putih yang berjalan seperti berulang alik di depan pintu pagar rumah.
Walau bagaimanapun, bayangan putih itu tidak terlihat dengan jelas kerana tidak menampakkan fizikal yang utuh.
Namun itulah pengalaman mengerikan buat Azan dan keluarganya ketika berada di pusat peranginan tersebut dan video tersebut telah pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Rata-rata mereka berkata di dalam kamera tersebut boleh menampakkan bayangan putih tersebut dan ada juga yang pernah menginap disitu turut mengalami kejadian seperti itu.
“Nampak bayang putih mundar-mandir”
“Saya dulu belajar dekat afamosa,dulu ada buat kolej dekat situ banggunan tinggi tu. Masa belajar sana pon macam-macam berlaku.”
Video tular di Tiktok
Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut berterima kasih kerana memaparkan kualiti video yang baik dan jelas.
“banglo kat afamosa mmg berhantu. saya sekeluarga pernah di ganggu pun sama buat family day.”
“Video macam ni baru ada class tengok banyak kali pun berbaloi. Saya rasa ini tulen. Sekian.”