Connect with us

Viral

“Ada berus gigi terpakai..” Hanya Beri ‘Bad Review’, Pelanggan Airbnb Diugut Saman Sehingga RM 5000!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana penyewa hotel ataupun homestay ‘buat hal’ dengan meninggalkan kediaman dalam keadaan sangat kotor dan tidak meletakkan perabot di tempat asal setelah mengalihkannya.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan dan tuan rumah perlu membayar lebih pada tukang pembersihan.

Bagaimanapun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita iaitu Myra Suhaimi telah berkongsi ‘review’ menginap di sebuah Airbnb yang indah khabar dari rupa berdekatan MSU Shah Alam.

“First time stay homestay kalau bagi bad review kena saman.. ke memang ada rules tu? dan ni lah homestay pertama kami duduk dan bagi bad review.. tak sesuai pun dengan ayat dia ‘luxury concept'”

Menerusi perkongsiannya di sebuah group Hotel Review Malaysia, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan penginapannya.

Difahamkan, keadaan penginapan tersebut tidak sama seperti yang diiklankan oleh host iaitu sebuah penginapan berkonsepkan mewah dan penginapan yang dia dapat seperti rumah didiami penyewa pengotor.

“maka sampai la kami kat homestay tu, dah la nak masuk gate tak boleh, kena parking luar.. jauh weyh barang banyak. dia kata kalau nak parking dlm satu kereta rm20. ya Allah ujian betul. ok layan jugak rm40 untuk 2 kereta. time ni fikir nak rehat je”

“Hint ye homestay ni dekat dgn msu . buka je pintu mcm what kenapa yg bumbung mcm nak roboh ni 🤣 ok la pejam mata masuk”


Lebih teruk, ada sisa-sisa makanan dalam peti ais, berus gigi juga ada di dalam bilik air, siling pecah dan banyak lagi.

“maka macam2 la yg sangat kami x puas hati, kami dah duk pikir rumah ni bukan homestay ni, sbb dengan komputer la, berus gigi yg dah guna pun ada.. tu belum lagi dalam peti ais banyak brg buruk, singki mcm org baru lepas guna je..”



Dia juga kecewa apabila melihat kediaman yang sepatutnya mempunyai 3 bilik tetapi hanya ada 2 bilik sahaja malah terpaksa membayar ‘extra’ RM29 untuk satu kepala meskipun telah membayar harga rumah sekitar RM 400.

“Start dari kami booking dah nampak ada masalah , masa payment di airbnb rm4++, pastu tetiba dia tegur tanya berapa org nak duduk. adik cakap 6org dewasa + 2 kanak2. pastu dia cakap kalau 6 org kena tambah hrga 1 kepala rm59. gila apa! kami pun mintk la nak refund. tak penah2 duduk homestay kena bayar ikut kepala..”

“Pastu dia kata ok la, dia bg diskaun rm29, serius cakap waktu tu kami dah xde pilihan. sebab mak abah baru smpai dri kedah, nak dorang rehat je. so ok lah bayar je satu kepala rm29 x 5 + rm4++. time tu redha je.”

Myra yang tidak tahan melihat keadaan kediaman tersebut telah meninggalkan review setelah ‘check-out’ namun pihak hotel mengugutnya untuk ‘take down’ review berkenaan atau Myra akan disaman RM 5000.


Susulan itu, Myra telah membuat aduan kepada Airbnb dan difahamkan host tersebut telah memadamkan akaun penginapan tersebut serta membuka akaun baru.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir owner yang seakan ingin mengaut keuntungan sahaja tanpa memikirkan keselesaan penyewa.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat bahawa review adalah pengalaman penyewa dan tidak boleh disaman kerana setiap orang memiliki hak bersuara apatah lagi jika kita mengeluarkan duit untuk perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“Nak scam orang je kerja… rumah dah la teruk.. siap ugut2 pula…”

“Lawyer here. Review is experience sharing.. motif apa nak saman?”

Banyak charges tersembunyi

“Saya baru je terken dengan owner homestay perangai macam gini..”


Perkongsian yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement