Emas merupakan perkara yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai.
Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang.
Namun pun begitu, ramai diantara kita yang ‘main beli’ sahaja dengan engeluarkan modal yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan reka bentuk emas yang cantik dan moden tanpa menyelidik dulu.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengurus kedai emas berkongsi sebuah video melalui laman TikTok miliknya @emasfaiz ketika dia membuka gelang bangle yang kini ‘trending’ dan menjadi kegilaan ramai.
Dia memisahkan satu-persatu item pada aksesori berkenaan termasuklah spring yang berfungsi untuk menjadikan barang kemas itu lebih fleksibel.
Namun apa yang mengejutkan adalah penyambung tersebut rupanya hanyalah besi semata-mata setelah diuji dan diperiksa olehnya.
Memetik laporan mStar, Terdapat sesetengah pemilik kedai emas yang tidak berlaku jujur dalam urusan jual beli gelang bangle.
Namun, dia akan mengaku apabila pelanggan bertanyakan tentang hal itu.
Oleh itu, kita mesti ada ilmu dalam jual beli emas agar tidak tertipu. Dalam pada masa yang sama kita juga perlu ‘ringan mulut’ untuk bertanya tentang emas tersebut.
“Dalam bangle memang ada spring besi untuk kuatkan (gelang) sebab emas 916 lembut, cumanya masih ramai yang tak tahu.
“Bila mereka datang kedai, kami akan buka besi spring tu dan kira berat asal je, jadi disitu mereka akan kecewa sebab dah beli dengan harga yang agak tinggi.
“Untuk mereka yang tak pernah berurus niaga membeli emas, kebiasannya mereka akan rasa terkejut dan tertipu,”
“Nak salahkan penjual 100 peratus pun tak boleh juga, selalu kedai memang tak akan sebut (pasal spring) tapi kalau customer tanya mereka akan mengaku.”
“Sebab tu nak beli emas pun kena ada ilmu.”
“Tips dia, pembeli kena ringankan mulut untuk bertanya, untuk gelang bangel mostly memang ada spring dalam tu, tak berat tapi kalau dikira dengan nilai total emas, harga akan jadi lebih mahal berbanding harga yang sepatutnya,”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 444.3K tontonan, 12.0K tanda suka, 591 komen dan 1049 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, ada juga warga netizen yang baru tahu tentang perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati untuk membeli emas.
Namun dalam masa yang sama, terdepat para netizen yang terdiri daripada peminat bangle ini mengakuitidak kisah dengan perkara tersebut dek kerana lebih mementingkan rupa bentuknya yang cantik dan menarik serta kelihatan berseri jika mengenakannya.