Connect with us

Selebriti

“Ada haluan masing-masing” Jep Luah Tak Dapat Kumpulkan Sepahtu Seperti Dahulu Raih Perhatian Netizen

Pasti kita pernah dengar rancangan televisyen popular Sepahtu Reunion bukan?

Iospital phone repair gombak

Berintikan dialog yang penuh dengan unsur jenaka, rancangan ini mampu meraih ramai peminat di sekitar Malaysia sehinggakan kini masih ramai yang ternanti-nantikan kemunculan terbaharu mereka bersama.

Namun begitu, baru-baru ini Jep mula bersuara di ‘live’ TikToknya apabila dia diminta untuk melengkapkan semula ahli-ahli Sepahtu oleh para peminat apabila kehadiran Shuib tidak kelihatan lagi di program tv tersebut.

Menerusi klip video live yang dimuat naik semula oleh @ichanurintashah di laman TikTok, Jep menjelaskan bahawa ahli-ahli Sepahtu ini sudah ada haluan dan keinginan masing-masing.

“Masing-masing dah ada komitmen, dah ada rezeki masing-masing, dah ada keinginan masing-masing ada kecenderungan masing-masing.

“Jadi kalau seorang tak nak buat, takkanlah abang (Jep) nak berhenti, takkanlah abang nak berehat,” luah Jep.

Itulah luahan Jep setelah ditanya banyak kali oleh para peminat mengenai kemunculan kesemua ahli Sepahtu semula di kaca tv.

Bagi Jep walaupun dia masih mahu bergiat bersama, akan tetapi Jep akui harus hormat pandangan orang lain.

“Nak kata pujuk, dah pujuk. Nak kata ajak, dah ajak. Tapi kita kena hormat keputusan orang lain ha begitulah,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Jep turut meluahkan bahawa dia berterima kasih kepada rakan seninya yang hadir membantunya berkarya dalam industri tersebut.

“Terima kasih kepada orang-orang yang nak buat dan teman abang untuk terus berkarya macam Abang Ebby Yus.

“Bantu abang, mudahkan urusan abang. Jadi program itu masih terus boleh berjalan,” terangnya.

Melalui video berkenaan juga, Jep meluahkan bahawa dia kadangkala tidak pasti mahu menjawab soalan berhubung dengan perkara tersebut.

Hal ini disebabkan Jep masih di dalam industri tersebut dan masih lagi ingin berkarya di dalam platform berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Jep yang ‘humble’ dan sentiasa menjaga hal peribadi rakan-rakannya.

Antara komen netizen:

“jep sgt menjaga peribadi kawan2 die.. kite hormati die .. cara die menjawab sgt berjaga2.. supaya tak terguris mana2 pihak..👍👍”

“Kepandaian org bijak berckp dan beri jawapan🥰🥰 jep mmg idola bab lawak aku😅😅”


Video TikTok yang tular:

@ichanurintashah Jeptapan live – Harap sudah sudahlah orang2 yg asyik menanya tentang ahli yg dah keluar. Kesian dan sebak dgr abg jep ceritakan ni 🥺🥺 #jepsepahtu #jeptapan #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukberandafypシ #masukberandafyp #masukberandamu #xyzbca #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktoksg #pelawakmalaysia #lawakmalaysia #orangbaikramaisayang #sepahtu ♬ original sound – nurinatashah 🌹

Continue Reading
Advertisement