Connect with us

Viral

”Ada Timun, Bendi..” Kahwin Dengan Tokey Sayur, Pasangan ini Buat ‘Doorgift Rare’ Untuk Tetamu!

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.

Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu apatah lagi doorgift yang menarik untuk dierikan kepada tetamu buat kenang-kenangan seperti biskut, gelas, kain, yassin, tasbih dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pengantin ini membuat kelainan dimana dia memberikan doorgift yang sangat unik buat tetamu yang hadir mencuri perhtian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Facebook Nur Amylia, video milik @arianahazlien di platform TikTok itu memaparkan sayu-sayuran yang cantik dibungkus rapi dengan menggunakan kertas coklat dengan gaya moden.

Pelbagai variasi sayur yang ada seperti labu air, peria, timun dan bendi dan sebagainya.

Siapa sangka, rupa-rupanya bungkusan sayur tersebut merupakan doorgift yang telah disediakan keluarga pengantin buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut.

Tidak cukup dengan it, pada ruangan komen, dia turut mendedahkna bahawa itu adalah majlis abang kepada rakannya yang juga ‘tokey’ sayur.

Tak pening kepala pikir doorgift untuk pengantin, dah nama pun tokey sayur kan?

Video yang tular di laman Facebook:

@arianahazlien doogirft rare✅#fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menganggap pemberian tersebut tidaklah membazir di kemudian hari kerana ia boleh digunakan dalam masakan misalnya.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.