Pekerjaan seseorang tidak sepatutnya dijadikan topik bualan. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tak seberapa gajinya, biarlah. Asalkan seseorang itu ikhlas mencari rezeki dengan cara yang halal.
Tak dapat dinafikan, kadang-kala hanya disebabkan perkataan yang keluar dari mulut kita, seseorang itu berasa malu dengan pekerjaan mereka sekarang.
Seperti yang pernah terjadi kepada pelakon senior, Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie ketika memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai baju seragam cleaner atau tukang cuci tandas di akaun Instagram miliknya.
Menurut aktres berusia 52 tahun ini, dia menerima pelbagai persoalan daripada peminat dan kenalan gara-gara memakai baju seragam cleaner.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini, pekerjaan seperti cleaner yang mencuci tandas bukanlah satu perkerjaan yang hina.
“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun.
“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Susah, org lagi kutuk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me….,” tulisnya.
Selain itu, bintang kelahiran Perak ini memaklumkan dirinya bukan seorang yang bersikap hipokrit yang hanya menunjuk kemewahan semata di laman media sosial.
“im not hipokrit…plsss…..skrg saya bagi post yang paling ceria…tak kesah la keje ape pun…puas tak…!! Takde clenner, toilet tak bersih pun org complain…kannn….!!!?,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Noralbaniah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1989 dan pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Namun jodoh mereka tidak panjang apabila Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat nahas jalan raya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Nora menerusi hantaran yang dibuatnya. Malah, ramai yang memberikan sokongan kepadanya meskipun bekerja sebagai cleaner asalkan halal dan tak membebankan sesiapa.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Instagram
“Terbaik kak…BTL tu ape yg akk tlis…Klau xde pencuci tandas. tandas tu X kan bersih kan…”
“Betul kita duduk rumah lagi tak de duit lebih strees.janji halal .”
“Tak salah kejo clenner..asal kn halal..💞”
Hantaran yang tular di laman Instagram