Connect with us

Viral

“Adakah kami baru kena scam di Malaysia?”- Pelancong UK Terkejut Trim Rambut Di Bukit Bintang Harga RM120 Termasuk Cukai

Ramai pelancong asing memilih Malaysia sebagai lokasi perlancongan mereka. Selain keunikan budaya yang ada dinegara ini, kepelbagaian  makanan dari masyarakat majmuk dinegara ini menjadikan Malaysia seperti syurga makanan buat pelancong.

Iospital phone repair gombak Adakah kami baru sahaja kena scam

Namun begitu, masih ada segelintir dari kita yang masih mementingkan diri dan bersikap tidak jujur. Satu video telah tular di media sosial menggambarkan suasana tegang yang tercetus di diantara pasangan berkulit putih dengan seorang tukang gunting rambut warga asing.

Rakaman yang berdurasi dua minit 15 saat di TikTok itu dikongsi sendiri oleh pasangan berkenaan yang memaparkan mereka bertekak berhubung caj khidmat potong rambut yang telah dikenakan.

Menurut pasangan berkenaan, Zoe dan Czar yang merupakan YouTuber dari United Kingdom tertanya-tanya sama ada mereka telah ditipu, selepas menggunting rambut di Kuala Lumpur.

“Adakah kami baru sahaja kena ‘scam’ di Malaysia?

Locals (penduduk tempatan) tolong beritahu kami,” katanya yang mendakwa pertama kali dikenakan caj sedemikian.

Pada awalnya, tukang gunting rambut warga asing yang dipercayai berasal dari timur tengah itu dikatakan ramah berbual dan turut bertanya beberapa soalan kepada Czar mengenai negara asalnya.

Harga berubah kerana cukai dikenakan kepada pelancong asing

Bagaimanapun, keadaan berubah menjadi tegang apabila tiba masa untuk membuat pembayaran setelah rambut selesai dipotong.

Pasangan tersebut mendakwa, mereka telah diminta membayar sebanyak RM120 bagi perkhidmatan diberikan oleh tukang gunting tersebut.

“Dia (tukang gunting) kemudiannya menyatakan harga gunting rambut adalah RM120.

“Kami terdengar pelancong asing di belakang telah dicaj RM250 oleh tukang gunting lain,” jelasnya dalam video.

Dakwa pasangan itu, mereka bertanya kepada beberapa warga tempatan yang memberitahu harga untuk perkhidmatan potong rambut sepatutnya tidak lebih dari RM50.

Pasangan tersebut berkata mereka masuk kedai gunting rambut itu dengan papan tanda menunjukkan harga potong rambut bermula dari RM19.

Namun, tukang gunting terbabit menjelaskan bahawa kadar itu hanya tertakluk untuk warga tempatan kerana tidak dikenakan cukai seperti pelancong asing.

Dia juga memberitahu mereka bayaran lebih terpaksa dikenakan kerana perlu memotong janggut Czar, walaupun Czar hanya mempunya bulu nipis di muka.

Dalam video itu, kedengaran juga sepasang suami isteri tawar menawar dengan tukang gunting rambut untuk harga yang lebih rendah namun tidak diketahui sama ada berjaya atau tidak.

Selepas meninggalkan kedai, pasangan itu turut meluahkan tentang bagaimana pengalaman mereka ketika itu telah merosakkan mood sepanjang hari mereka.

Ujar Zoe, dia faham jika tukang gunting itu mahu mengenakan bayaran lebih sedikit kerana mereka adalah pelancong, tetapi harga dua kali ganda dari biasa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka.

“Adalah tidak adil jika mereka anggap disebabkan kami datang dari luar negara, tidak mengapa untuk mengenakan bayaran sebanyak itu,” kata Zoe.

Menurut sumber mStar, pasangan ini pernah ke Malaysia sebelum ini tetapi kejadian tersebut merupakan pengalaman kali pertama mereka seperti itu.

Kejadian seperti itu beri kesan kepada pelancong

“Bayangkan jika ini kali pertama kami ke sini dan kami bukan pengembara biasa. Mungkin kami tidak mahu kembali (ke Malaysia).

“Nasib baik, kami melihat sisi baik negara dan kami suka sini. Tetapi anda perlu memikirkan kesan kekal yang diberikan kepada pelancong,” kata Zoe pada akhir video.

Video kedua yang mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun telah dipadam tanpa sebarang penjelasan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib pasangan ini dan turut tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan serta memberitahu mereka perlu membuat laporan polis supaya kejadian seperti itu tidak lagi berlaku selepas ini.

Video yang tular di laman TikTok

@zoeandczar_ What do you think? Do you also think 120 ringgit is far too much for a trim in a local barber shop in Kuala lumpur? First time this has happened to us in Malaysia 🇲🇾 #malaysia #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #malaysiatiktok ♬ original sound – Zoe&Czar

 

Continue Reading
Advertisement