Setiap ibu bapa perlu memikirkan kewangan untuk anak-anak memang memerlukan kos yang banyak.
Kita perlulah bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan pada zaman ini untuk anak-anak lebih-lebih lagi yang baru lahir.
Antara salah satu peluang yang mak ayah perlu rebut ialah daftarkan anak yang lahir pada 2018 dalam akaun ADAM 50 dan automatik layak mendapat simpanan pelaburan RM200 dalam ASNB.
Cukup mudah caranya, hanya perlu daftar dan buka akaun ADAM 50 tanpa perlu masukkan duit sesen pun.
Tapi oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pengumuman bahawa program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) ditamatkan pada 31 Disember lepas.
DIRANCANG HINGGA TAHUN 2022, TAPI KURANG SAMBUTAN
Bagi yang belum tahu, ADAM50 adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB mulai 2018 untuk semua bayi warganegara Malaysia dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.
Nilai RM200 ini adalah pelaburan awal dan ia akan kekal di dalam dana hinggalah anak-anak mencecah usia 18 tahun sebelum ia boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Ia telah disasar untuk ditawarkan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, namun dikatakan kurang mendapat sambutan. Berdasarkan maklum balas, hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar. Atas sebab itu, ia akan ditamatkan pada akhir tahun 2018 ini.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN HINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2019.
Jadi bagi yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Masih ada masa untuk mak ayah mendapatkan tabungan dana RM200 tersebut untuk anak.
REBUT PELUANG DAFTAR CEPAT, ADA MASA LAGI!
Khas untuk baby yang lahir tahun 2018, ini cara untuk buka akaun ADAM50 yang dikongsikan oleh Puan Shifae Penawar. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat rm200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawak kuar.
CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM untuk baby-
1. Pegi mana-mana cawangan ASB, lagi baik pegi pejabat ASB terus.
2. Bawak salinan sijil lahir baby dan mykid baby (untuk scan), ic ibu jika nak guna nama ibu, ic ayah jika nak guna nama ayah. BABY tak perlu bawak.
3. Untuk bukak akaun ni, baby tak perlu masukkan duit langsung. Jika kita nak masukkan duit, lagi bagus.
4. Macam Mana Nak Semak Duit Rm200 Masuk Ke Tak?
Kita semua BOLEH semak duit rm200 tu. Jika akaun baby dibuka atas nama ibu. Ibu wajib ada akaun ASB, jadi ibu boleh daftar ASB online.
So, korang boleh buka ASB online, dalam tu ada lah maklumat pasal akaun ASB baby korang dan duit rm200.
Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan.
Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!