Connect with us

#MalaysiaBaru

Sepatutnya Kahwin Bulan Ini, Adib Kembali Kritikal, Mohon Doa Semua Rakyat Malaysia

Keadaan kesihatan anggota bomba yang teruk dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini, Muhammad Adib Mohd Kassim, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas, lapor Bernama.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam kenyataannya berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada keadaan yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan dan beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem bantuan pernafasan pada jam 9 malam tadi.

Kata IJN langkah itu dibuat untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim memohon rakyat supaya mendoakan agar anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu selamat dan segera sembuh.

Dalam hantaran di Facebook, katanya, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib, 24, ketika ini.

“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” kata Nurul Najihah.

Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Muhammad Adib.

Pasangan itu sepatutnya dijadual diijab-kabulkan pada bulan ini. Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain juga menasihatkannya supaya bersabar.

“Adib kuat… awak pun kena kuat…,” kata Qaseh Myzara.

“Saya tak kenal awak tp sy doakan agar diberikan kesembuhan kepada tunang,” Sue Khal.

“Semoga Tunang Cik cepat sembuh. Saya betul2 kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.